
Hari ni ada kata-kata dari seseorang yang mengatakan, kadang-kadang manusia ni xnampak apa yang ada didepan mata kita selama ni sampailah masa kita kehilangannya...barulah semua pengorbanan dan kasih sayang org tu dihargai dan dicari...timbullah penyesalan...
Dan selalunya, lelaki...lelaki lah yg akan selalu mengalami situasi begini...setelah bertahun-tahun bercinta, kemudian berkahwin dengan wanita lain yang baru dikenalinya...selepas beberapa tahun berkahwin, timbul penyesalan kerana terkenangkan cinta hati yang dahulunya ditinggalkan...walaupun hatinya menyayangi isterinya sekarang, tapi ada secalit penyesalan dalam dirinya...adakah ia benar? tapi kenapa?
Bagi saya, pengorbanan dan kasih sayang seseorang tu xperlu diukur dan setiap individu mengekspresikan cinta mereka dengan cara yang berlainan...terpulang kepada kekreatifan individu tersebut bagaimana nak memenagi hati pasangannya supaya tidak terkenangkan cinta lama...
Hati orang kita tak dapat nak kawal...ia seperti otot jantung...involuntary muscle! Dimana perasaan cinta, benci, sedih, marah itu akan datang dan pergi dengan sendiri...cuma apa yang perlu ialah kesetiaan...itu merupakan tunggak kebahagian! bukan sekadar berteraskan cinta semata-mata...kerana cinta ni kadang-kadang dikaburi oleh pelbagai benda...tetapkan hati...itu yang penting!
Walaupun kadang-kadang orang yang kita sayang tu buat kita sedih dan marah, tapi sebenarnya itu adalah gelombang dalam ombak perkahwinan...takkan nak tenang je..kalau tenang je, xde cabaran xseronok...tapi kena berhati-hati dalam menawan ombak besar...takut mati lemas! yang penting kena ada persediaan rapi dari segi mental, fizikal dan rohani...barulah dapat berenang dengan berjaya...
to my beloved husband,
mungkin syg tidak sempurna di mata abg, tapi cinta, kasih dan sayang syg hanyalah untuk abg...
semoga bahtera yang kita layari ni akan belayar sehingga hujung nyawa kita...
cheriioooo~~
No comments:
Post a Comment