Saturday, April 9, 2011

A P A A D A P A D A D I R I

Hari ni saya menyedari sesuatu...
apabila sebuah hubungan tu terlalu perfect, samada hubungan cinta antara suami isteri ataupun hubungan antara kekeluargaan, tentu ada dugaan dari arah lain yang mendatang...
Hubungan yang terlalu perfect dengan kasih sayang, cinta dan impian, dugaan datang menduga dari segi kewangan, tekanan hidup, kerjaya dan lain-lain.
Saya cuba membuka minda sendiri utk menjadi org yang lebih bersabar dan positif dalam apa jua keadaan.
Saya belajar satu perkara yang saya ingin kongsi dengan anda semua.
Dalam diri semua manusia, terdapat 1% penyakit psikiatri. Hanya bergantung pada diri kita, akal, emosi dan iman kita sahaja yang dapat mengelakkan peratusannya meningkat.
Panas baran, terlalu sedih, terlalu ceria dan cepat marah merupakan salah satu mental disorder.
Jadi kita semua harus menjaga emosi dan pemikiran masing-masing kerana kita semua mempunyai potensi menjadi seorang pesakit mental.

No comments:

Post a Comment