Tuesday, November 15, 2011

~I H.A.T.E SMOKER~

Kenapa saya xsuka kepada perokok? Ye...sy sgt xsuka kepada perokok...xkisah lah perokok tegar, social smoker or whatever...

But i ended up marrying a SMOKER~ so shamed...seorang perokok yg kononnya tidak tegar, kononnya boleh berhenti merokok, tapi sangkaan meleset sama sekali...

Kenapa merokok? satu persoalan yg sering bermain dalam fikiran sy...

Kepuasan? mcm mana menyedut asap tu menjadi satu kepuasan? kita yg merokok ni memandang hina pada org yg hisap dadah...tapi xsedar yg diri-sendiri merokok tu sama je ngn hisap dadah...

bukan tak tahu pun dalam rokok tu ada apa...ada nikotin...ada tembakau...dan byk lg bahan kimia lain...

tapi....nak jugak merokok...mcm nak bunuh diri la...kalo perempuan hisap rokok pandai la ckp mcm pelacur la apa la...tapi kalo lelaki? macho la konon? mcm bodoh ade la...apa yg nk dibuktikan? KELAKIAN? kalo dah merokok tu xde nye de nak LELAKI sgt sbb sperma awak tu dah xde kualiti...byk yg rosak...so, lelaki apa nye......nk buktikan apa lg? MACHO? kalo dah mulut busuk, bau badan busuk, gigi berkarat, kuning, gusi hitam, kuku hitam, macho mendanya...hmm...saja suka2? alasan xmunsabah la...cari alasan yg lebih cerdik~



Saya xsuka sgt bila kawan dijadikan alasan...sedangkan benda tu berpunca dari diri-sendiri...kita yg mula terjebak sendiri, kenapa nak salahkan kawan yg hulurkan rokok? kalo kawan hulur, kira HARAM ke kalo kita jawab TAKNAK? kalo ajak p masjid boleh pulak jwb mcm2 alasan...

"x boleh lah, dia kawan baik sy...dah dia bg rokok, semua org kat situ pun merokok, takkan sy nak tolak...kite kena pandai berkawan...kena jugak jaga hati kawan..."

habis, hati isteri tak payah jaga? hati mak ayah tak payah jaga? kawan jelah yg kena jaga?

" kawan ni senang nnti nak mintak tolong apa-apa.."

habis kalo kita tak merokok demi kesihatan, kawan tu taknak tolong la kita bila dalam kesusahan? kalo kita sakit teruk, kanser paru-paru, sakit jantung, apa-apa lah penyakit sebab hisap rokok kawan bg tu, kawan ke yg TOLONG jaga dalam hospital? TOLONG bayar kos rawatan? TOLONG doa kesihatan kita tiap2 malam?

kalo isteri mintak setahun sekali belikan barang kemas or kain sutera untuk raya...jawabnya " arhh awk ni, boros betul...asyik nk bergaya je...kita mana ada duit nak beli brg2 kemas...kena berjimat cermat"

habis kalo rm10 sebungkus rokok boleh plk beli? sehari sebungkus...30 hari dah brp ringgit? setahun? byk plk duit awk.........para-para suami kena ingat...setiap duit yg dikeluarkan untuk beli rokok tu merupakan HARTA SEPENCARIAN suami isteri...so, isteri ada hak ke atas duit tersebut...dia ada hak untuk mengawal perbelanjaan dirumah...kalo korang semua boleh control isteri xbagi shopping, xbagi boros, xbagi beli pinggan mangkuk, barang2 kegemaran dia, kenapa pulak isteri xboleh control suami untuk beli rokok yg mana untuk KEBAIKAN si suami tu jugak??? mana sikap TOLERANSI??



hmm...tujuan sy tulis ni bukan nak tunding jari pada sesiapa...sekadar mengingatkan...takde kebaikannya pun merokok ni...kalo korang nak marah2 sebab sy ckp merokok ni membawa keburukan, sila kemukakan kebaikan merokok...xpyh byk...bg 5 pun dah cukup...



Nah baca lah yg ni...tu pun kalo hati tu ada perasaan la~

"Menurut Dr Sallehudin Abu Bakar, Pakar Perubatan (Kesihatan Awam) yang mengendalikan Klinik Berhenti Merokok di Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, sebenarnya nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berat berbanding kokain atau heroin, kerana kesan rangsangannya ke atas sistem saraf otak sangat cepat.

Nikotin yang dihisap melalui asap rokok mampu sampai ke otak dalam masa cuma tujuh hingga 10 saat. Kesan rangsangan pada sistem saraf otak ini diperkukuhkan lagi dengan rasa puas yang dikecapi pada mulut perokok ketika menyedut dan menghembuskan asap rokok."



"Merokok selepas makan umpamanya, adalah suatu kebiasaan yang dilakukan hampir semua perokok. Bagi kebanyakan perokok, merokok selepas makan adalah suatu kemestian, yang mana tanpanya dianggap tidak sempurna, katanya.

Ramai perokok beranggapan merokok mampu memberi mereka ilham ketika bekerja atau memberi ketenangan apabila tertekan. Sebenarnya, semua ini adalah kesan psikologi yang terbentuk kerana keyakinan pada rokok itu dan disusuli dengan perbuatan merokok yang diulang berkali-kali.

Selain nikotin, asap daripada sebatang rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia, 200 daripadanya beracun dan 63 yang lain berpotensi menyebabkan pelbagai jenis kanser, terutama kanser paru-paru.

Mengapa berhenti merokok dan rawatan mengatasi ketagihan nikotin penting? Sebabnya terlalu banyak. Antara yang terpenting adalah untuk mengurangkan kematian akibat penyakit berpunca daripada merokok.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan berhenti merokok saja akan menyelamatkan dua juta nyawa pada 2010 dan empat juta nyawa menjelang 2025."



"Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti."


GAMBAR NI MENUNJUKKAN KANDUNGAN ROKOK...SEKADAR HIASAN JELA~ DA TAU DA BUKAN KORANG PEDULIK PON~



tapi kalo sy tulis la apa pun xde nye de org nak amik peduli...terutamanya kalo yg memang jenis xnak berenti merokok ni....dahlah, mls la nk tulis benda yg FAKTA ni....

sy cuma nak ingatkan la kepada ORANG-ORANG TERSAYANG di keliling sy....

kalo merokok boleh bg kepuasan, cuba awak nyatakan kepuasan dari segi apa?

sakit kepala awak, sakit dada awak, sesak nafas awak. dtg dari mana? cuba awk fikir....

tak sayang ke nak tinggalkan org2 tersayang? Mati cepat...memang semua org akan mati...mati tu ketentuan Tuhan...kita tak tahu sape mati dulu...tapi yelah...fikir2kan lah...

Boleh bg jawapan tak pd persoalan sy:

1. kenapa awak merokok?

2. apa yg awak nak buktikan?

3. apa yg awak dapat?

4. tau tak 'makan' asap tu kawan hin?

5. tau tak isap rokok tu nampak pengotor?

6. kenapa perlu sy benarkan awk buat benda yg boleh bg awk penyakit?

7. kenapa xboleh berenti?

8. bangga ke bila boleh merokok depan kawan2 sambil ketawakan sy kat belakang sebab berjaya tipu sy?

9. bangga ke dapat sahut cabaran kawan2 suh merokok belakang sy?

10. rasa macam dayus ke kalo tolak rokok sebab sygkan sy dan sygkan diri-sendiri?

11. kenapa org akan cop 'takut bini' ke? bukan sbb syg bini sbb bini yg jaga makan pakai awk, sakit awk, waktu susah awk?

12. betul la kawan pun penting, keluarga pun penting...tapi x boleh ke berubah tu utk kebaikan diri sendiri?

13. jap...lupa plk nak tanya...kenyang ke merokok ni? kenyang mcm makan beger? makan nasik?

14. kalo kucing pandai plk cakap bahaya untuk kesihatan, bahaya untuk perempuan mengandung, bahaya untuk baby, habis tu rokok??

15. agak2 kalo awk xboleh ikut cara sy, sy ikut cara awk lah...boleh? xpelik pun perempuan hisap rokok sekarang....



hmm...bacaan ni xde tunding jari kat sape2 pun...luahan hati bukan sy sorang je, ramai jgk wanita kat luar sana yg xsuka lelaki perokok...tapi agak sukar dicari sekarang ni...



ntahlah...sy hanya mampu berdoa pada Allah S.W.T supaya bukakan pintu hati sesiapa yg berkenaan utk berubah 100% bersih dari rokok...sy rasa xde nak BERDOSA bila kita mintak doa ngn Tuhan untuk kesejahteraan dan kesihatan org yg tersayang...~



p/s: jangan bila dah terlantar sakit tenat, baru nk bertobat n insaf~ xde maknanya derrrrrrr~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment