Sunday, May 16, 2010

-=-BadmintoN-=-

Tahniah kepada Malaysia kerana sampai ke tahap yang memuaskan dalam piala Thomas...
Walaupun xdapat nk rangkul piala tersebut, tp kita sebagai rakyat Malaysia perlu lah tetap setia menyokong pemain Malaysia...
mungkin tiada rezeki kta untuk kali ini...
tapi apa yang penting sokongan warga Malaysia adalah penting untuk memastikan semangat tetap unggul...

apa yang saya sedih adalah ada segelintir rakyat Malaysia yang 'boo' pemain kita kerana kalah...sepatutnya walaupun kita mengalamai kekalahan, kenapa mesti kita memperkecilkan susah-payah pemain kita?

kita sepatutnya stick together seperti negara lain yang tetap menyokong negara masing2 walaupun kalah...suka saya nak bandingkan habit or behavior rakyat malaysia kita dgn rakyat negara Barat..walaupun mereka kebanyakannya adalah orang Kafir, tapi kenapa mereka ada semangat kenegaraan yang kuat? membantu sesama rakyat, semangat antara mereka kental dan masing2 menjaga maruah negara dengan baik..

kita yang terdiri dari umat Islam ni berhasad dengki, menjatuhkan sesama sendiri dan suka memperkotak-katikkan kelemahan orang lain..kenapa ye? tida kesedaran or takde sivik?

anyway, kita sama2 berdoalah semoga Malaysia sentiasa aman makmur tiada peperangan. sama2 kita hidup di bumi Malaysia dengan tenang dan aman...majulah sukan badminton untuk negara!


p/s: takut jugak kot2 ada peperangan di Malaysia. Harap politik di Malaysia akan semakin stabil dan pulih serta Perdana Menteri kita bijak mengatur langkah untuk masa depan Malaysia. Hopefully janganlah buat tindakan yang boleh mendatangkan kemarahan dari Amerika negara paling berpengaruh.......faham-faham jelah...

No comments:

Post a Comment