Friday, May 21, 2010

=IklaN=

korang perasan tak iklan lam tv banyak bagi info kat kita?
info pasal barang yang diiklankan tu memang lah kan...maksud saya info yang secara tidak langsung...samada info tu negatif or positif, iklan tu tetap bagi kesan pada kehidupan kita...

contoh macam kita tengok iklan ubat gigi colgate total tu kan, kita tengok iklan tu tentang pembiakan bakteria dalam mulut menyebabkan kerosakan gigi dan kesihatan gusi terjejas...korang perasan tak yang iklan tu jugak bagi info kat kita bahawa orang malaysia kita ni tak ambil berat pasal kesihatan gigi dan gusi? kenapa saya cakap macam tu? cuba korang tengok gigi-gigi model iklan, doktor iklan tu...semuanya struktur gigi tak strong enough...betul tak? kenapa? sebab faktor pemakanan...tengok doktor tu cakap sebab minum ais, gigi kita jadi nyilu kan? kenapa gigi jadi nyilu? sbb lapisan dia jadi nipis kan? sebab apa? sebab kita suka minum ais lah! ais menyebabkan gigi kita terhakis tau! ha....tulah info yang secara tersiratnya kita dapat melalui iklan colgate...

iklan kit-kat...kenapa dia wat iklan tu working like a machine, have a break, have a kit-kat? kalo fikirkan, kenapa dia kaitkan working like a machine? kenapa kait dengan kerja? sebab, kerja yang buat kita ni stress..secara puratanya, orang biasa menghabiskan hampir 88% masa dalam kehidupan seharian diorang pada waktu kerja...sampaikan anak-anak kita pun masa dihabiskan dengan kerja diorang (sekolah)...dan juga kita buat benda tu hari-hari ulang benda dan rutin yang sama...macam mesin! yang di settingkan! so, pengambilan oksida (dalam coklat) boleh memberi ketenangan pada kita...sebab tu la have a break, have a kit-kat! coklat ni boleh bagi kita ketenangan dan kedamaian, dengan pengambilan yang betul lah...kalo kanak-kanak tak boleh sangat makan coklat...HAAAA!!! cuba perhatikan kenapa iklan coklat, tak guna model kanak-kanak? jarang sangat guna model kanak-kanak??? hehehehehe...teka....
............
.........
.......
.....
..
.

hehehehe...sebab, kanak-kanak tidak digalakkan makan coklat, nanti hyperactive...hyperactive adalah penyakit kanak-kanak yang susah sikit nak diubati...dia boleh bagi kesan positif, tapi banyaknya ia bagi kesan negatif...sebab tu, iklan coklat selalunya model orang dewasa...kanak-kanak tidak digalakkan...bukan tak boleh, jgn salah faham....

tu iklan coklat kit-kat...iklan lain yang kita boleh tafsir memberi info secara tidak langsung pada kita ialah iklan minyak kereta...
dalam iklan tu selalu tunjuk yang minyak tu membersihkan enjin kenderaan...MINYAK yang membersihkan enjin kenderaan..penggunaan minyak yang betul, dan bersesuaian lagi menjaminkan kebersihan enjin...saya ulang eh, MINYAK yang menjaminkan kebersihan enjin...kenapa ek saya ulang macam tu? sebab ada lagi orang kita yang guna AIR untuk basuh enjin dia! bayangkan lah, selalu kita dengar dalam iklan cakap kelancaran enjin bergantung pada minyak dan penjagaan condition kenderaan kan? kenapa masih ada lagi yang x faham enjin tu x boleh dibasuh dengan air...nanti dia rosak...kalo kotor sekalipun, kita sembur dengan tekanan angin ataupun cuci dgn minyak..saya teringat kawan saya; dia pakai kereta buatan Jepun..memang dia sangat2 sayang kereta dia...selalu cuci, bersih, berkilat...sampai enjin pun di periksa hari-hari...suatu hari, dia cuci enjin dia dengan air! sebabnya terlalu kotor dan hitam! dah rosak kereta, kena tukar sebiji enjin dan juga motor komputer sebab keratanya kereta automatik...nak tergelak pun ada, tapi kesian pun ada...sebab bila dah jadi macam tu, condition kereta dah x sedap...tapi tulah, kebanyakan orang tak tahu yang enjin ni x boleh dibasuh...kalo orang yang xde pengetahuan tentang kejuruteraan, mungkin tak tahu langsung...sebab tu iklan tu penting dalam menyampaikan info-info berguna kepada penonton!

saya suka nak bagitahu semua pembaca blog saya ni yang iklan tu sebenarnya bagus...walaupun kadang-kadang menjengkelkan sebab lama sangat, dan entah apa-apa, tapi kita perhatikan dan tafsirkan sendiri apa mesej yang disampaikan...kadang-kadang satu iklan tu kita dapat banyak mesej tersirat selain dari apa yang sebenarnya nak disampaikan...saya pernah menghadiri satu temuduga kesihatan, kebanyakan soalannya ditanya berkenaan dengan iklan! takkan nak kata tak tengok tv langsung kan? so, kalo iklan tu, jangan lah membebel ye...!! tengok iklan tu..dan amati mesej yang disampaikan...hehehehehe

p/s: iklan yang saya suka iklan DiGi, sebab maskot dan iklannya cute dan comel sangat2...iklan memberi income dan mendatangkan income jugak tau!!

No comments:

Post a Comment