Bab 1: Sikap Lelaki Dalam Pernikahan
Pernikahan merupakan satu perjudian dalam kehidupan. Seorang lelaki akan mempertaruhkan tanggungjawab dalam rumahtangga manakala seorng wanita akan mempertaruhkan seluruh hidupnya untuk rumahtangga.
Bagi wanita, selepas bernikah seluruh hidupnya tertumpu kepada suami. Ibu bapa dan adik beradik sudah berada di nombor dua kerana syurga seorang isteri adalah di tapak kaki suaminya. Dalam pada itu seorang suami seharusnya adil dan bertanggungjawab kepada isterinya. Dia juga perlu ada sifat compassionate dalam diri terhadap isterinya.
Isteri adalah teman hidup; pengurus rumahtangga. Ini disalah tafsir oleh setengah lelaki dimana melayan isteri seperti orang gaji dalam rumahtangga. Istilah ini perlu difahami kerana pengurus rumahtangga adalah isteri; dimana dia layak untuk meminta anda suaminya menolong dia untuk membuat kerja rumah. Suami harus menolong isteri membuat kerja rumah dan bukannya menyerah 100% kerja rumah kepada isteri untuk dibuat seorang diri. Fikirkanlah kudratnya; bekerja di pejabat; uruskan rumahtangga dari A-Z bermula dengan mengemas katil di pagi hari, menyiapkan sarapan, cuci pinggan, cuci pakaian, lipat pakaian, jemur pakaian, memasak, menyapu, menjaga dan mendidik anak, melayan suami. Mampukah kudratnya melakukan semua tu? jika isteri adalah suri rumahtangga, ya, dia mampu lakukannya dengan sempurna kerana itulah kelebihan wanita. Tapi dunia kini berbeza, lelaki juga mencari calon isteri yang bekerja, jadi dia perlu menolong isterinya dalam membuat kerja rumah kerana masing-masing juga mencari nafkah untuk rumahtangga. Suami perlu bersikap rasional dan adil dalam menguruskan rumahtangga. Jika suami tidak mampu membantu, adalah sgt perlu bagi suami menyokong isterinya menggaji seorang pembantu rumah dimana itu adalah terletak di tangan isteri kerana isteri itu sendiri tidak mampu menguruskan rumahtangga dan dia memerlukan bantuan. Ini ditekankan dalam Islam pada zaman Rasulullah.
Skop ini selalu disalah tafsir oleh lelaki. Lelaki yang tidak memahami wanita akan membantah hal ini dan akan tetap membiarkan isterinya membuat semua kerja tanpa membantu isterinya. Ini kerana kononnya ingin menjadikan isterinya itu isteri sejati. Isteri sejati bukan lahir dari kerja rumah yang dibuatnya, tapi didikan dan layanan suami kepada isterinya dalam membentuk peribadi dan menjaga maruah isteri. Itu tidak disedari sang suami.
Maka perlulah suami melayan isteri dengan baik; bantu isteri, jaga makan minum, kesihatan, ketepikan ego, jadi seorang yang romantik, sentiasa hadiahkannya sesuatu sebagai menghargai kesudiannya hidup bersama dengan kita.
tunggu sambungan Bab 2: sikap suami mempengaruhi jantina anak.
No comments:
Post a Comment