Saturday, September 18, 2010

"Hari Raya"

Selamat Hari raya to all readers, walaupun xde readers...
hahahaha....
anyway, dis raya hanya sederhana...x meriah macam tahun2 sebelum ni...
not only my family, tapi keseluruhan pun semua macam tu...
mungkin kerana Malaysia dikejutkan dengan kematian usahawan wanita berjaya, Dato'Sosilawati Lawiya...

ya...kematian Dato' Sosilawati amat mengejutkan seluruh warga Malaysia...
tak sangka dalam kesibukan masyarakat menyambut hari lebaran, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan...
Ini bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga Dato' tapi juga kepada semua warga Malaysia terutamanya usahawan-usahawan berjaya...

raya tahun ni bagi saya sgt sederhana mungkin kerana masyarakat dah mula sedar akan pembaziran tidak mendatangkan faedah...mungkin juga sebab semua harga barang dah meningkat naik, jadi x dapat nak berbelanja sakan seperti selalu...
yang x best ialah, cuti raya tahun ni x seperti selalu di mana cuti sebelum-sebelum ni jatuh pada musim yang betul seperti musim cuti sekolah or cuti semester or cuti am...tahun ni, kena ganti je....

Btw, benda tu x menghalang semua warga Malaysia menyambut hari raya...
Satu benda yang sangat saya tabik ialah penguatkuasaan mercun...walaupun masih ada kes-kes kematian or kecederaan akibat mercun, tapi penjualan mercun dan kes-kes mercun sangat kurang pada tahun ni...masih ada yang tak makan saman, tapi dam-dam dumnya kurang...saya rasa sangat bahagia!

Trafik pada hari raya adalah seperti biasa...Jalan-jalan di Bandaraya lengang manakala di Kampung-kampung sangat-sengat sesak! mungkin itu salah satu faktor hari raya pertama dan kedua masing-masing beraya di depan tv...

Rancangan TV juga sangat memenuhi citarasa penonton...cerita-cerita terbaru yang disiarkan menggamit rasa nak tengok TV dan tertunggu-tunggu....rancangannya penuh dari pagi bawa ke malam...yang bestnya, cerita box office pertengahan tahun pun ditayangkan pada hari raya ni....

Seperti biasa, cuti sekolah dan cuti raya membawa kepada majlis perkahwinan...kenduri memang banyak dibuat pada cuti raya di mana semua sanak saudara balik berkumpul, boleh lah langsungkan majlis....tapi itu satu faktor menyebabkan kesesakan lalulintas dan juga faktor ulang-alik ke toilet! rumah terbuka juga tidak ketinggalan, kunjung-mengunjung ke rumah rakan taulan mengeratkan silaturrahim yang terputus....

Abyway, hari raya tetap meriah walaupun sederhana...
makanan lazat-lazat hanya dijumpai pada hari raya...bagi saya, hari raya adalah hari kemenangan kita berpuasa, so hari raya adalah hari untuk manjamu juadah yang lazat-lazat! hehehehe....Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

No comments:

Post a Comment