Saturday, September 25, 2010

MalaS

sorry guys,

i'm so lazy to update my blog...
maybe 2,3 hari lagi kot baru I update...
Wat masa sekarang ada banyak topik nak discuss but so malas...
Just drop by to say, tunggu a few days lagi la....

cherioooo~

Saturday, September 18, 2010




Bab 1: Sikap Lelaki Dalam Pernikahan

Pernikahan merupakan satu perjudian dalam kehidupan. Seorang lelaki akan mempertaruhkan tanggungjawab dalam rumahtangga manakala seorng wanita akan mempertaruhkan seluruh hidupnya untuk rumahtangga.
Bagi wanita, selepas bernikah seluruh hidupnya tertumpu kepada suami. Ibu bapa dan adik beradik sudah berada di nombor dua kerana syurga seorang isteri adalah di tapak kaki suaminya. Dalam pada itu seorang suami seharusnya adil dan bertanggungjawab kepada isterinya. Dia juga perlu ada sifat compassionate dalam diri terhadap isterinya.

Isteri adalah teman hidup; pengurus rumahtangga. Ini disalah tafsir oleh setengah lelaki dimana melayan isteri seperti orang gaji dalam rumahtangga. Istilah ini perlu difahami kerana pengurus rumahtangga adalah isteri; dimana dia layak untuk meminta anda suaminya menolong dia untuk membuat kerja rumah. Suami harus menolong isteri membuat kerja rumah dan bukannya menyerah 100% kerja rumah kepada isteri untuk dibuat seorang diri. Fikirkanlah kudratnya; bekerja di pejabat; uruskan rumahtangga dari A-Z bermula dengan mengemas katil di pagi hari, menyiapkan sarapan, cuci pinggan, cuci pakaian, lipat pakaian, jemur pakaian, memasak, menyapu, menjaga dan mendidik anak, melayan suami. Mampukah kudratnya melakukan semua tu? jika isteri adalah suri rumahtangga, ya, dia mampu lakukannya dengan sempurna kerana itulah kelebihan wanita. Tapi dunia kini berbeza, lelaki juga mencari calon isteri yang bekerja, jadi dia perlu menolong isterinya dalam membuat kerja rumah kerana masing-masing juga mencari nafkah untuk rumahtangga. Suami perlu bersikap rasional dan adil dalam menguruskan rumahtangga. Jika suami tidak mampu membantu, adalah sgt perlu bagi suami menyokong isterinya menggaji seorang pembantu rumah dimana itu adalah terletak di tangan isteri kerana isteri itu sendiri tidak mampu menguruskan rumahtangga dan dia memerlukan bantuan. Ini ditekankan dalam Islam pada zaman Rasulullah.

Skop ini selalu disalah tafsir oleh lelaki. Lelaki yang tidak memahami wanita akan membantah hal ini dan akan tetap membiarkan isterinya membuat semua kerja tanpa membantu isterinya. Ini kerana kononnya ingin menjadikan isterinya itu isteri sejati. Isteri sejati bukan lahir dari kerja rumah yang dibuatnya, tapi didikan dan layanan suami kepada isterinya dalam membentuk peribadi dan menjaga maruah isteri. Itu tidak disedari sang suami.

Maka perlulah suami melayan isteri dengan baik; bantu isteri, jaga makan minum, kesihatan, ketepikan ego, jadi seorang yang romantik, sentiasa hadiahkannya sesuatu sebagai menghargai kesudiannya hidup bersama dengan kita.


tunggu sambungan Bab 2: sikap suami mempengaruhi jantina anak.

"Hari Raya"

Selamat Hari raya to all readers, walaupun xde readers...
hahahaha....
anyway, dis raya hanya sederhana...x meriah macam tahun2 sebelum ni...
not only my family, tapi keseluruhan pun semua macam tu...
mungkin kerana Malaysia dikejutkan dengan kematian usahawan wanita berjaya, Dato'Sosilawati Lawiya...

ya...kematian Dato' Sosilawati amat mengejutkan seluruh warga Malaysia...
tak sangka dalam kesibukan masyarakat menyambut hari lebaran, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan...
Ini bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga Dato' tapi juga kepada semua warga Malaysia terutamanya usahawan-usahawan berjaya...

raya tahun ni bagi saya sgt sederhana mungkin kerana masyarakat dah mula sedar akan pembaziran tidak mendatangkan faedah...mungkin juga sebab semua harga barang dah meningkat naik, jadi x dapat nak berbelanja sakan seperti selalu...
yang x best ialah, cuti raya tahun ni x seperti selalu di mana cuti sebelum-sebelum ni jatuh pada musim yang betul seperti musim cuti sekolah or cuti semester or cuti am...tahun ni, kena ganti je....

Btw, benda tu x menghalang semua warga Malaysia menyambut hari raya...
Satu benda yang sangat saya tabik ialah penguatkuasaan mercun...walaupun masih ada kes-kes kematian or kecederaan akibat mercun, tapi penjualan mercun dan kes-kes mercun sangat kurang pada tahun ni...masih ada yang tak makan saman, tapi dam-dam dumnya kurang...saya rasa sangat bahagia!

Trafik pada hari raya adalah seperti biasa...Jalan-jalan di Bandaraya lengang manakala di Kampung-kampung sangat-sengat sesak! mungkin itu salah satu faktor hari raya pertama dan kedua masing-masing beraya di depan tv...

Rancangan TV juga sangat memenuhi citarasa penonton...cerita-cerita terbaru yang disiarkan menggamit rasa nak tengok TV dan tertunggu-tunggu....rancangannya penuh dari pagi bawa ke malam...yang bestnya, cerita box office pertengahan tahun pun ditayangkan pada hari raya ni....

Seperti biasa, cuti sekolah dan cuti raya membawa kepada majlis perkahwinan...kenduri memang banyak dibuat pada cuti raya di mana semua sanak saudara balik berkumpul, boleh lah langsungkan majlis....tapi itu satu faktor menyebabkan kesesakan lalulintas dan juga faktor ulang-alik ke toilet! rumah terbuka juga tidak ketinggalan, kunjung-mengunjung ke rumah rakan taulan mengeratkan silaturrahim yang terputus....

Abyway, hari raya tetap meriah walaupun sederhana...
makanan lazat-lazat hanya dijumpai pada hari raya...bagi saya, hari raya adalah hari kemenangan kita berpuasa, so hari raya adalah hari untuk manjamu juadah yang lazat-lazat! hehehehe....Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

Tuesday, August 24, 2010

==ResPect==

Hye...
da lame giler tak blogging...!!
duhh...! after bergelar seorang wify, i'm very bz! uruskan rumahtangga, then sekarang concentrate utk kerja baru that is becoming a physiotherapy....

xkisah la apa pun...kali ni aku nak kongsi pendapat ngn korang semua pasal R.E.S.P.E.C.T = 'RESPECT'...what is it? hormat...adakah hormat tu boleh di beli?
kita menghormati org atas dasar apa? umurkah? seniority kah? ataupun pangkatkah? darjatkah? harta or kekayaankah?

aku nak berkongsilah sikit pasal apa yg terjadi pada diri aku sendiri...mula2 aku nak mintak maaf la kalo ada yg tersinggung...pasal hormat ni, satu sebab kita kena hormat pd seseorg betullah dari segi umur...betul tak? takkan org tua dari kita xnak hormat? kan? aku nk citer la...pada suatu hr aku kena sound dengan 'adik' senior tempat aku belajar ni...budak baru umur 18-19 tahun...beza 4-5 tahun jugak r dr aku...budak tu ckp aku kurang ajar coz x hormat senior...aku wat muka poyo bila jumpa senior...

aku xtau la salah kat mana, tapi kalo kita sendiri bersikap kurang ajar dgn org lain walaupun org tu junior kita, adakah mungkin org itu akan hormat pd kita? aku xde kacau org pn...bercakap pasal hormat menghormati ni, bukan dgn cara senyum or bagi salam kat abang2 tu cara hormat...sekadar kita xcari gaduh, x tikam belakang, xkacau hidup korang, itu pun satu cara menghormati seseorang...macam aku, aku nk org ormat kat aku dgn cara jangan peduli hal aku...suka ati aku nak watpe, asalkan aku xkacau kau, kau jgn kacau aku..itu namanya menghormati privasi seseorang....

pasal senyum x senyum ni, mungkin time tu kita ada masalah...takkan kita ada masalah kita nak senyum2...mungkin kebetulan terkena plk dgn senior2 ni lalu sebelah kita....tgk muka masam...da kata kurang ajar plk! boleh ke mcm tu? adil ke?
bila kita senyum kat korang, korang xde pn nak balas balik senyum tu...boleh plk jawab sbb korang ada ego...kalo kami, ckp kita sama taraf; xde beza umur, pangkat atau status so kena hormat senior...tp bila time korang plk, xde plk yg sama taraf tu...

aku nak bagitau satu benda...first, aku bukan budak2 mcm korang...xreti hormat org lagi berumur dari korang...xreti bak bercakap elok2 ngn org walaupun sesama kamu...second, aku xkisah org xhormat aku...tambah2 plk budak2 hingusan macam korang yg xtau pape...xtau erti kehidupan lagi...erti cara hidup dalam dunia kerja yg sebenar...aku makan asam garam dulu, start dari belajar, kerja, tanggungjawab pada keluarga sampai la alam perkahwinan aku da rasa dulu pd kamu...so what the hell am i suppose to layan korang dgn sikap korang yg ntah pape tu? last skali, takde sebab aku nk hormat org yg xreti nak hormat org lain mcm korang...buang masa...bukan korang yg bg aku makan...teet! the end...

aku bukan apa..aku xkisah kalau nk gain respect from us...but please talk nicely and behave like matured people la...ni mcm apa ntah! tunjuk la contoh yg baik...betul tak...?

huh...k lah...aku nak out dulu, see u tomorrow...!

Wednesday, May 26, 2010

+WeddinG+

I will get married in a few weeks...
But...I'm not sure am i ready or not....
It's not that I didn't love my future husband...
But it's because of my money status...and my job status....
My family status...and I have to think about my mother's future...
I can leave my mom alone...She is not well and she need someone to look after her..support her physically and mentally....
After my father died, I only have her...and she only have me...
Hopefully, I'm not making any mistake by getting married this earlier...

To mom, I hope you will always happy for me, and for both of us...
I will always love you no matter what happen...
I promise you that I will always take care of you....

I love you mom.......

Friday, May 21, 2010

=IklaN=

korang perasan tak iklan lam tv banyak bagi info kat kita?
info pasal barang yang diiklankan tu memang lah kan...maksud saya info yang secara tidak langsung...samada info tu negatif or positif, iklan tu tetap bagi kesan pada kehidupan kita...

contoh macam kita tengok iklan ubat gigi colgate total tu kan, kita tengok iklan tu tentang pembiakan bakteria dalam mulut menyebabkan kerosakan gigi dan kesihatan gusi terjejas...korang perasan tak yang iklan tu jugak bagi info kat kita bahawa orang malaysia kita ni tak ambil berat pasal kesihatan gigi dan gusi? kenapa saya cakap macam tu? cuba korang tengok gigi-gigi model iklan, doktor iklan tu...semuanya struktur gigi tak strong enough...betul tak? kenapa? sebab faktor pemakanan...tengok doktor tu cakap sebab minum ais, gigi kita jadi nyilu kan? kenapa gigi jadi nyilu? sbb lapisan dia jadi nipis kan? sebab apa? sebab kita suka minum ais lah! ais menyebabkan gigi kita terhakis tau! ha....tulah info yang secara tersiratnya kita dapat melalui iklan colgate...

iklan kit-kat...kenapa dia wat iklan tu working like a machine, have a break, have a kit-kat? kalo fikirkan, kenapa dia kaitkan working like a machine? kenapa kait dengan kerja? sebab, kerja yang buat kita ni stress..secara puratanya, orang biasa menghabiskan hampir 88% masa dalam kehidupan seharian diorang pada waktu kerja...sampaikan anak-anak kita pun masa dihabiskan dengan kerja diorang (sekolah)...dan juga kita buat benda tu hari-hari ulang benda dan rutin yang sama...macam mesin! yang di settingkan! so, pengambilan oksida (dalam coklat) boleh memberi ketenangan pada kita...sebab tu la have a break, have a kit-kat! coklat ni boleh bagi kita ketenangan dan kedamaian, dengan pengambilan yang betul lah...kalo kanak-kanak tak boleh sangat makan coklat...HAAAA!!! cuba perhatikan kenapa iklan coklat, tak guna model kanak-kanak? jarang sangat guna model kanak-kanak??? hehehehehe...teka....
............
.........
.......
.....
..
.

hehehehe...sebab, kanak-kanak tidak digalakkan makan coklat, nanti hyperactive...hyperactive adalah penyakit kanak-kanak yang susah sikit nak diubati...dia boleh bagi kesan positif, tapi banyaknya ia bagi kesan negatif...sebab tu, iklan coklat selalunya model orang dewasa...kanak-kanak tidak digalakkan...bukan tak boleh, jgn salah faham....

tu iklan coklat kit-kat...iklan lain yang kita boleh tafsir memberi info secara tidak langsung pada kita ialah iklan minyak kereta...
dalam iklan tu selalu tunjuk yang minyak tu membersihkan enjin kenderaan...MINYAK yang membersihkan enjin kenderaan..penggunaan minyak yang betul, dan bersesuaian lagi menjaminkan kebersihan enjin...saya ulang eh, MINYAK yang menjaminkan kebersihan enjin...kenapa ek saya ulang macam tu? sebab ada lagi orang kita yang guna AIR untuk basuh enjin dia! bayangkan lah, selalu kita dengar dalam iklan cakap kelancaran enjin bergantung pada minyak dan penjagaan condition kenderaan kan? kenapa masih ada lagi yang x faham enjin tu x boleh dibasuh dengan air...nanti dia rosak...kalo kotor sekalipun, kita sembur dengan tekanan angin ataupun cuci dgn minyak..saya teringat kawan saya; dia pakai kereta buatan Jepun..memang dia sangat2 sayang kereta dia...selalu cuci, bersih, berkilat...sampai enjin pun di periksa hari-hari...suatu hari, dia cuci enjin dia dengan air! sebabnya terlalu kotor dan hitam! dah rosak kereta, kena tukar sebiji enjin dan juga motor komputer sebab keratanya kereta automatik...nak tergelak pun ada, tapi kesian pun ada...sebab bila dah jadi macam tu, condition kereta dah x sedap...tapi tulah, kebanyakan orang tak tahu yang enjin ni x boleh dibasuh...kalo orang yang xde pengetahuan tentang kejuruteraan, mungkin tak tahu langsung...sebab tu iklan tu penting dalam menyampaikan info-info berguna kepada penonton!

saya suka nak bagitahu semua pembaca blog saya ni yang iklan tu sebenarnya bagus...walaupun kadang-kadang menjengkelkan sebab lama sangat, dan entah apa-apa, tapi kita perhatikan dan tafsirkan sendiri apa mesej yang disampaikan...kadang-kadang satu iklan tu kita dapat banyak mesej tersirat selain dari apa yang sebenarnya nak disampaikan...saya pernah menghadiri satu temuduga kesihatan, kebanyakan soalannya ditanya berkenaan dengan iklan! takkan nak kata tak tengok tv langsung kan? so, kalo iklan tu, jangan lah membebel ye...!! tengok iklan tu..dan amati mesej yang disampaikan...hehehehehe

p/s: iklan yang saya suka iklan DiGi, sebab maskot dan iklannya cute dan comel sangat2...iklan memberi income dan mendatangkan income jugak tau!!

--sakit ati lum abes--

Sakit ati aku lum abes2 lagi bila pk kan keje kat tempat yang menjengkelkan...
aku bukan nk memalukan jabatan sendiri, tapi aku xleh nak terima bila ketua kita atau majikan kita layan kita macam hampas! aku bukan nk kata diva ke demanding ke ape ke...aku hanya mintak sekadar layan aku ni macam manusia lain yang ada hati dan perasaan..boleh tak?? semua orang nak kita jaga hati diorang...ada tak diorang jaga hati aku? ada tak? ada tak??? aku respect majikan aku...kenapa aku boleh dihormati dan disayangi oleh kawan2 aku kalo betul aku ni ada masalah perangai?? kenapa aku dengan majikan aku tempat kerja sebelum ni tak de masalah?? aku respect majikan aku yang sebelum ni, masa mula2 aku bekerja ngn jabatan sekarang ni...walaupun ada yang hasut dia mencanang-canang nama buruk aku kat dia, dia tetap layan aku sama adil dengan orang lain...kerja aku tetap dia puji dan aku takde masalah dalam buat kerja untuk dia...walaupun ada yang hasut dia macam2, dia tetap profesional...mungkin dia pun ada percaya dengan hasutan orang2 tu, tapi sikap dia tak menunjukkan dia bias...sangat adil dan cool...aku ingat dia sanggup datang tengok arwah ayah aku sakit tenat di hospital...dia sempat kenal arwah ayah...aku sgt2 respect dia...sekurang-kurangnya dia jaga kebajikan pekerjanya adil dan sama rata...bab kerja, takde istilah main-main...sikap sentiasa profesional...

bukan seperti majikanku sekarang...aku sangat2 menyesal ditukarkan bekerja disini...aku menyesal...AKU MENYESAL...!!!!!! tuhan betul2 menguji tahap kesabaran aku...memang hampeh!!! tapi aku Redha dan berserah pada kuasa Allah...aku tahu Allah itu Maha Adil..Dia akan balas 'jasa baik' majikanku sekarang ni dengan konco2nya tu...ingat, sekarang ni, Allah balas CASH didunia perbuatan jahat kita tu.....tiada kompromi!

Thursday, May 20, 2010

....sedih....

Aku memang sedih sgt2 bila fikir tentang kerja...
bg seorang pekerja bawahan macam aku, adakah aku tidak layak untuk mendapat jagaan kebajikan oleh majikan? Aku sedih bila terkenangkan nasib aku dianaktirikan di pejabat sendiri...

Bukan apa..mula2 aku boleh bersabar bila ada yang kaki bodek n kaki kipas ni memburuk2kan aku depan bos...aku masih boleh terima...tetapi seorang bos atau majikan, takkan lah takde langsung sikap compassionate kepada seorang pekerja? tanpa fikir soal hati aku ataupun keadilan dan kebenaran sebenar, aku di ketepikan..tu pun aku still bleh bersabar...sampai lah arwah ayah aku tenat...aku asyik mintak cuti untuk jaga ayah...bos aku bising2...tu kerja Allah, bukan aku yang mintak arwah ayah aku sakit tenat...sebagai seorang anak, tanggungjawab aku nk jaga dia, bawak dia g hospital untuk rawatan susulan...kenapa tu pun dia xnak faham situasi aku? takpe...suatu hari nanti bila dia berada di tempat arwah ayah aku, mesti dia akan rasa bila bos anak dia xbagi dia cuti....aku bukan nk doakan, tapi Allah Maha Adil...dia akan terima pembalasan...

dah abis bab arwah ayah tenat, aku di duga dengan kematian arwah ayah bulan januari..dah alang2 ayah sakit tenat pun aku susah nak dapat cuti, bayangkan masa kematian arwah ayah, bos aku masakan nk kutip derma, jenguk pun tidak! inikan pula nak tanya khabar...!! bos yang paling tinggi di jabatan aku pun datang melawat aku dan keluarga, inikan dia yang hanyalah ketua unit! sungguh ego..aku bukan laparkan duit kutipan derma, tapi sampai hati dia yang bos aku ni, ketua unit aku ni, kami da kerja dua tahun bersama, xde pun rasa nak jenguk...nk kutip duit derma...perhhh...aku sedih sgt2...terasa hati...aku bukan nak jatuhkan maruah...tapi bukankah tugas seorang majikan adalah menjaga kebijikan pekerjanya? sampai hati kan bos aku ni...tp tulah hakikatnya...orang xnampak bila orang atasan buat salah pada pekerja...bila kita yang kuli batak ni buat bersuara menunjukkan kesalahan orang atasan, semua orang pun menyalak macam anjing serigala menuding jari ke atas pekerja bawahan...so, apa noleh buat...tapi tulah, nk org hormat kita, kita pun kena hormat org...jgn terlalu meninggi diri...tuhan akan balas....

tu cerita pasal kematian..ni tiba masa hari aku nak kahwin...aku apply cuti untuk persiapan kahwin dan cuti hari kahwin...aku mintak xde pn sampai berbulan2....yang jadi isunya bila cuti aku di persoal...yang paling aku sakit hati, aku cuma mintak cuti kahwin seminggu je, pun dah dipersoal! anak buah kesayangan dia mintak cuti sebulan untuk kahwin, xde pulak dia persoal...nampak sgt x adil...inikah keadilan dalam pengurusan? apa bezanya aku dgn pekerja yg lain? apa salah aku kat dia? walaupun aku bersuara lantang selalu menyuarakan ketidakpuasan hati, tetapi macam ni ke aku kena terima balasan? bila kita tak hipokrit, kita kena tolak tepi..kena tindas...adilkah? dunia hampir kiamat...

kepada sesiapa berkenaan, saya mohon maaf kalo sy tulis ni ada yang terasa pedasnya...tapi apa saya boleh buat? nk menyuarakan ketidakpuasan hati, hanya 1/10 dari org2 ini yg memahami situasi...yg lain, semuanya sama je...menindas....kepada bos, maaf lah kalo kot2 tulisan ni buat bos malu...ke ape ke...tapi ni adalah luahan hati...sy dah terasa hati sgt dah....

aku harap sgt Allah memberi pembalasan yang setimpal kepada manusia2 ini...dan aku mohon jika Allah masih sayangkan aku, dia akan berikan aku peluang kerja di tempat yang lebih baik...Wallahualam........

Sunday, May 16, 2010

-=-BadmintoN-=-

Tahniah kepada Malaysia kerana sampai ke tahap yang memuaskan dalam piala Thomas...
Walaupun xdapat nk rangkul piala tersebut, tp kita sebagai rakyat Malaysia perlu lah tetap setia menyokong pemain Malaysia...
mungkin tiada rezeki kta untuk kali ini...
tapi apa yang penting sokongan warga Malaysia adalah penting untuk memastikan semangat tetap unggul...

apa yang saya sedih adalah ada segelintir rakyat Malaysia yang 'boo' pemain kita kerana kalah...sepatutnya walaupun kita mengalamai kekalahan, kenapa mesti kita memperkecilkan susah-payah pemain kita?

kita sepatutnya stick together seperti negara lain yang tetap menyokong negara masing2 walaupun kalah...suka saya nak bandingkan habit or behavior rakyat malaysia kita dgn rakyat negara Barat..walaupun mereka kebanyakannya adalah orang Kafir, tapi kenapa mereka ada semangat kenegaraan yang kuat? membantu sesama rakyat, semangat antara mereka kental dan masing2 menjaga maruah negara dengan baik..

kita yang terdiri dari umat Islam ni berhasad dengki, menjatuhkan sesama sendiri dan suka memperkotak-katikkan kelemahan orang lain..kenapa ye? tida kesedaran or takde sivik?

anyway, kita sama2 berdoalah semoga Malaysia sentiasa aman makmur tiada peperangan. sama2 kita hidup di bumi Malaysia dengan tenang dan aman...majulah sukan badminton untuk negara!


p/s: takut jugak kot2 ada peperangan di Malaysia. Harap politik di Malaysia akan semakin stabil dan pulih serta Perdana Menteri kita bijak mengatur langkah untuk masa depan Malaysia. Hopefully janganlah buat tindakan yang boleh mendatangkan kemarahan dari Amerika negara paling berpengaruh.......faham-faham jelah...

Monday, May 10, 2010

.:: wtf...!! ::.

Sakit aty btul aku ngn sorg mamat ni...
kurang ajar betul! yg aku xleh blah tu, dia ni org yg da bekerja...
lelaki berumur...xde la tua bangka tp dewasa la...kalo remaja tu aku memang penyepak je!! kita respek dia sbb dia lg dewasa dr kita kan, tp rupa2nya, perangai dia, mengalahkan perangai org ppuan!!!

nk tau kenapa?
tau la dia tu kaki bodek, kaki kipas majikan, tp janganlah menyibuk tepi kain org! salah org nampak je, salah dia yg berkudis bernanah semuanya baik la...semuanya wangi la...macam @#$%*&!!!
kenapa mesti nak reka2 cerita? bnda yg tak tau pape, konon2 tau! ngadu2 kat majikan la konon sbb nk nampak baik...nk nampak mcm wat keje...pegi mati la seyy...!!

Tuhan nampak, Tuhan tau ape yg ko buat tau takkk...??
aku xde la rasa nk marah sgt kalo dia ni remaja macam aku kan...mungkin la xberapa nak matang n belum byk makan asam garam lagi...tp ni da 30-an! da kawen! da bapak org da pon!! ya Allah, tuhan je tahu perangai buruk dia ni...aku ni plk jenis kalo ade wat salah ke ade xpuas hati ke, aku cakap depan2 je biar la org nk terasa ke ape ke asalkan dia tau apa yg aku rasa terhadap dia...ni tidak, belakang bapak punya baik dgn aku, ckp lembut2 pijak semut pun xmati! tp belakang, ngn harimau ngn gajah ngn badak semua dia baham!

lelaki ni ade gang...xyah cakap r brp org...tp diorg ni memang satu kepala! kepala haprak! kepala hotak berjambul!! kaki tak yah cakap r; kaki bodek, kaki kipas, kaki ampu, kaki ngumpat! diorg ni semua da kawen...ade yg da jd bapak..ade yg xde anak lg...tp kesimpulan da kawen la! da dewasa..kata org da jadi ketua keluarga..tanggungjawab tu da besar...konon depan aku ckp, xsuka jaga tepi kain org...hampeh! cakap xserupa bikin! macam bagus sgt! blah la wei...semua org tahu korang ni memang jenis JAGA TEPI KAIN ORANG! ko patut jaga anak bini je...

jangan sampai aku bongkar rahsia korang dahla...ingat korang je ke yang boleh nk bodh2kan aku, buruk2kan aku n kawan2 yang lain? korang ingat eh, korang tu bukan bagus sgt pun..setakat kaki ampu tu sampai bila sangat leh bertahan r?? dahlah katak bawah tempurung! konon bagus...menyampah aku ngn manusia macam korang ni...kalo bab mengata kat belakang bg kat korang r!

memang kesian anak bini korang ni dapat JANTAN tak guna macam korang...aku memang kesian ngn korang yang da tua tapi perangai still macam budak hingusan..aku nk tengok, kaki ampu macam korang bleh berjaya ke x? sembahyang lah setiap hari 5x sehari, tadah doa mintak ngn Allah suh bukak hati tu jangan jadi KAKI BODEK! xkemana pun! stakat duk dalam takuk ni boleh r ko nak berlagak! aku berani bet r, ko keluar je g tempat lain, teroos tersadai korang nieh!! bukan cerdik sgt pon! belajar je tinggi2 tp otak berkarat! byk sgt pikir cara2 nak membodek!!

so, kalo ade yg rasa cam nk COPY+PASTE+PRINT@SEND EMAIL, silakan...!!! dengan tulus ikhlasnya!! ADA AKU KESAHHHH?????

Monday, May 3, 2010

=Lelaki IdamaN=

pernah x anda semua terfikir pasal lelaki idaman?
lelaki idaman yg mcm mn pilihan anda?
kaya?
berbudi bahasa?
kacak?
gagah?
atau....
cerdik semata2? nerd?

apa yang menjamin masa depan anda bersama pilihan lelaki idaman?
pernah anda terfikir, kadang2 lelaki yang kita cari itulah lelaki yang sering menyakitkan kita...
seperti C.I.N.T.A yang dicari...ia umpama membeli...membeli cinta...
adakah anda bahagia dengan cinta yang dibeli? tiada keikhlasan dalam perhubungan...
begitu juga dalam memilih pasangan hidup...xsemestinya hidup bersama lelaki idaman kita akan menjamin kebahagian...mungkin kita fikir bahawa lelaki idaman kita akan memberi kepuasan dalam perhubungan...tetapi sebenarnya lelaki yang kita dambakan merupakan lelaki yang kita mahu dia berubah untuk kita...ikut selera kita...ikut kemahuan kita...disitu tiada keikhlasan yang terpamer...kerana, apa yang lahir dari seseorang insan dan diterima sepenuhnya oleh insan yang lain merupakan satu CINTA yang agung....

macam zaman dulu kala, nenek moyang kita ditemukan sehari sebelum pernikahan mereka...itupun tidak sempat mengenal hati budi, even mendengar sepatah perkataan...jd, pernah anda terfikir macam mn nenek moyang kita yang tak pernah fikirkan ciri2 lelaki idaman, lelaki pilihan; malah tidak pernah terdetik untuk berkenalan@bercinta, boleh kekal sehingga cucu cicit?

itulah yang dinamakan perhubungan yang ikhlas...menerima kelemahan dan kelebihan org lain dengan hati yang terbuka....jadi, apa yang perlu kita ingat ialah Jodoh kita adalah ditentukan oleh Illahi...Dia merupakan Pembuat keputusan yang Maha Agung buat kita semua...dan setiap yang ditentukan oleh-Nya adalah P.E.R.F.E.C.T!

-HipokriT-

hipokrit...
ni satu perkataan yg aku sgt2 aku xsuka...terutama manusia hipokrit!
kalo tgk muka, punya lah baik.....tp sbnrnya, dia lah kurang ajar nak mampus!
aku nk share ngn korang tentang kisah seorang perempuan dan teman lelakinya...

kalo dilihat dari rupa paras, fuuuhhh...perempuan ni memang cantik...putih, gebu, lemah lembut, gaya yang sopan....cara bercakap sgt bertutur bahasa, selalu menyebut nama Allah, dugaanNya dan mcm2...tapi, rupa2nya Tuhan Yang Maha Kaya sahaja tahu mcm mn perangai perempuan ni! bila ada salah faham dengan seseorg, pelbagai kata2 kesat dihamburkan! bukan setakat tu je, siap dgn ugutan, dgn kononnya nak cari n belasah org, dan macam2 lagi! perkataan yg digunakan juga, perhhhh memang sgt2 BAIK! memang kalo org tgk muka, sumpah org kata aku bohong...!! tp tulah...bila kita yg bersuara lantang ni sentiasa menyuarakan ketidakpuasan hati, org nilai kita ni kurang ajar...tp kalo jenis yg hipokrit mcm ni, boleh plk dipuja2.....hanya Allah Yang Maha Adil....

kesian dgn perempuan ni...sentiasa diperdaya oleh teman lelakinya yang kuat menipu dan hipokrit sama macam dia...tuhan memang Maha Bijaksana...memang dijadikan pasangan tu serasi dan sama! kita yg cuba menolong dia plk dikatakan penipu dan di ugut2! dia yang dah kena sepak terajang ngn teman lelakinya, siap kena sumpah seranah, kena kikis duit, tp masih lagi sayang kononnya dan konon2 baik hati terima seadanya...dah 90% ditipu oleh lelaki tu, tp masih lg puja2....sungguh kasihan...

tp tulah...cinta itu buta...dan kadang2, manusia boleh jado BODOH sebab cinta...jadi LEMBU yang dicucuk hidung....tp saya ada satu nasihat...kita org luar ni kalo nampak ada sesuatu yang tak kena pada pasangan tu, ataupun tahu sesuatu yang buruk tentang pasangan tu, janganlah masuk campur dan cuba menegakkan keadilan bagi pihaknya...sebab, mereka takkan hargai! mereka hanya akan menyalahkan kita kembali! so, better be silent...silent is brilliant!

kepada perempuan yang diluar sana, fikirlah...kaum anda sendiri takkan menganiaya anda...hanya kaum satu lagi je yang selalu cuba mengambil kesempatan ke atas kita...belajar dari pengalaman dan kesilapan yang lalu...bukannya mengulangi kesilapan yang lalu berulang2 kali dgn harapan ianya akan menjadi seperti yg kita ingini tanpa cuba untuk mengubahnya! nasihat sy, JANGAN JADI BODOH!

Thursday, April 29, 2010

~ShoPPinG~

hr ni tetiba je random shopping ngn hubby...
ntah ape2 ntah....tetibe beli jeans la ape la...
tp tula...shopping ni mmg di gemari oleh semua org terutama kaum wanita...
yg bestnye, kaum wanita dikatakan byk habiskan wang ringgit dgn bershopping...
tp ada juga lelaki yg shopaholc, tp jarang...kuasa membeli adalah ditangan wanita kerana mereka lebih arif dalam membeli barang2 umah dan keperluan...
yg tak bestnye, kekadng wanita ni xleh control nafsu kehendaknya...kehendak dalam nk memiliki...nk beli tu, beli ni...hmm...

as for me, shopping utk every month da jd tanggungjawab....shoppin brg keperluan dirumah, n jugak keperluan peribadi...akhir2 ni satiap bulan mesti shopping baju...
tp duani da moden...aku shopping baju da xpegi shopping complex...just click n wait for the package to arrive! senang...internet shopping is very easy...terutamanya yg jenis mcm aku, mls nk berjalan...senang duk umh, boleh follow perkembangan fesyen terkini dlm internet n terus leh beli apa yg nk...hrga pn berpatuan...da xpyh nk susah payah meronda keliling shopping complex untuk mencari seheleai baju yg memenuhi minat dihati...just klik search, wallaaa! da dapat apa yg dicari...
perbankan internet juga memdahkan pembayaran...so, apa lg yg ditunggu? jom shopping online!

Wednesday, April 28, 2010

"BackStabbing"

apa yg dikatakan BACKSTABBING ni?
pernah terfikir tak kenapa la ade je manusia yg jenis nk tikam belakang ni...??\
aku geram sgt2 ngn 2,3 org manusia yg depan aku bapak baik pijak semut pun tak mati! belakang aku, bukan stakat gajah je, harimau pun dia yang baham!
depan kite, ckp lembut lidah dr gigi yang tak berapa nk chantek tu....blkg kite, cakap sampai menyembur2 air liur! yela...xde penapis...
jom kite pegi satu persatu...

hellooo!! please la...
jgn menyibuk pasal aku boleh tak?
aku nk ponteng keje ke, nk ape ke...ko menyibuk ape hal?
da xde keje ke nk menyibuk hal org?
sbb tu pun ko xde kawan kan?
nama je 'EX-student' UITM...tp xde kwn! kesian...
aku yg mcm ni pon ramai kwn melambak2 tak larat nk melayan da...bil tepon melambung pun sbb message kwn je...ko? ape hal??? kuar mkn pun ngn pakwe je...tu pn nasib baik ade pakwe...tu pn ko yg terhegeh2 ngn pakwe ko tu dulu...or should i say, desperate??

adoi...sakit jiwa aku ngn perangai manusia ni...
aku musykil tau ngn minah ni sekor...
perasan lawa...tolong la sape2 bg dia cermin...cerminkan diri tu...
semuanya nk amik title...
dia la kaya...
dia la lawa...
dia la stylo...

tolong r...org bleh tgk r...stakat ko nk belagak ngn harta mak bapak tak payah r wei!
mkn minum pun mak bapat tanggung!
org nk kawen ke ape ke yg ko dengki tu ape hal???
satu lg aku nk ckp, org xingin la ngn pakwe ko tuh! ko je yg terhegeh2 ngn pakwe ko tuh sbb ko tak laku! nasib baik je dia nak..sbb dia pn sama buruk ngn ko!

tolong r...tgk aku da meroyan da lam blog aku...
serabot aku tgk muke ko...
lepas ni, aku da taknak dengar nama ko menyibuk2 dlm hal peribadi aku...
asal aku ade mslh pape je, nama ko je yg naik sbb jd tukang menyibuk! mulut gampang nk menyibuk hal org...sial!

last warning eh...ko jgn ingat aku tak tahu pape pasal ko...family ko tuh dr nenek ko lg aku kenal! jgn nk berlagak eh...

kepada2 kawan2 beliau yg konon setia sgt tu...ko ni xreti beza ke kwn ngn sahabat? ko tau x, kalo dia bleh ckp mcm2 kat aku, poyo2 baik depan aku tp belakang mcm hampas, dgn ko pn dia buat tau! korang ingat dia xpenah ke wat cam dia wat aku ni? wei...manusia mcm ppuan ni, xleh wat kawan beb! dia tikam blkg ni! mkn sorng! dia rela pijak kepala kwn sdiri nk naik cepat! ko tak caya ko tggu la...sekor2 dr korang akan menyesal...sudahnye, menangis r tak berlagu...aku mmg reject awal2 lagi pattern org mcm ni nk buat kwn...

da r...tambah dosa aku je mngata org yg xde maruah mcm ko!
chowssss...~

Tuesday, February 9, 2010

::ReUnion::



xsabar rasanya nk menunggu ketibaan ReUnion bagi budak2 sekolah aku dulu...
tarikh keramat 28-29 may 2010...
dah 6tahun xberjumpa...pejam celik, pejam celik usia masing2 da meningkat!
yang paling tak sabar ialah nak jumpa kawan-kawan yang dah berumahtangga!
hahaha...biasalah...nak tgk jugak kalau2 masih maintain cun macam dulu ataupun badan dah berisi...bahagialah katakan! yang paling menyeronokkan ialah kot2 dapat menimang 'anak saudara'...
setelah 6tahun terpisah, masing2 membawa haluan sendiri, ada yang belajar sampai skarang, ada pula yang dah bekerja tetap macam aku...yang kahwin, yang bertunang...
tapi yang pasti dikalangan kami masih ramai yang solo...
masih ramai yang belajar menyambung pelajaran ke peringkat yang tertinggi...

apa yang pasti ini adalah satu cara untuk memulihkan kembali silaturrahim...dan juga mengenang kembali peristiwa2 semasa belajar dulu...hahahaha...
aku pun da terasa kehangatan ReUnion ni...
xsabar plk nk tgk bekas-bekas 'cinta monyet' dulu...hehehehe...
apa yang penting ini adalah satu cara memupuk hubungan ukhwah...menambah kenalan...
kata orang, kenalan ni bawa ke mati...kenalan jugak la yang mendoakan kita...

teringat zaman-zaman persekolahan...kenakalan zaman sekolah dulu memang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup...itu merupakan pengalaman paling berharga untuk diceritakan kepada anak cucu...sampai hari ni, cikgu-cikgu masih ingat kenakalanku di sekolah...tapi itulah yang menjadikan aku hari ini...

kepada kawan2, join lah reunion ni...hanya untuk sekali dalam beberapa tahun...mesti happening! walaupun simple, but itu adalah moment that we will never forget!

cheerioo....~ -_o

Saturday, February 6, 2010

StoOOopid...or should i called, FoOL??!

SaLam Satu MalaySia...

sy nak bercerita tentang sikap manusia...
kenapa susah sgt kita sbg manusia ni memaafkan atau memohon maaf sesama manusia?
kenapa perlu wujudnya fitnah, dusta, umpatan dan segala unsur negatif?
yg paling susah dijelaskan ialah mulut manusia susah ditutup..
susah dikawal...

sy ingin berkongsi sesuatu dgn semua pembaca...
mengapa kita sering menyalahkan org lain tentang sesuatu?

ada satu peristiwa dimana seorg kawan baik (BFF) kepada seorg lelaki...
dimana selama ini mereka sgt rapat atas nama seorg kwn...
kemana saja mesti berdua..berkepit seperti merpati dua sejoli...
bak kata org, xdapat dipisahkan...
segalanya dikongsi bersama, masalah, cerita suka dan duka...
nak dijadikan cerita mereka ini dikatakan kehidupan sosial agak terlalu terbuka...
bak katanya omputeh, open-minded...
jadi bgnya bertepuk-tampar dan berhimpit2 antara lelaki dan perempuan merupakan perkara biasa...
saya tahu, perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi dunia sekarang dimana zaman sudah beralih ke arus kemodenan...
sudah tiada batasan antara wanita dan lelaki samada kawan atau bini...semuanya sama...

sehingga pada suatu hari si lelaki bertemu dgn seorg wanita yg membuka hatinya untuk menerima sebuah cinta setelah 4tahun kecewa cinta pertama...
wanita yg ditemui dikatakan memiliki segala2 yang dimahukan, seolah2 seorg yang sempurna dimatanya...baik budi bahasa, bijak berbicara, tinggi keimanannya...walaupun dia juga seorg yg berfikiran terbuka, tp masih mengerti batas-batas dan adat-adat org melayu...

setelah berkenalan beberapa bulan, niat lelaki ini ingin menjadikan wanita idamannya seorg isteri...tetapi, si wanita ini tahu tentang hubungan lelaki ini dengan kawan baik perempuannya...lalu si wanita ini menegur lelaki itu supaya menjaga tertib berkawan, menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sesama kawan...
si wanita menegur dengan niat untuk mengelakkan salah faham...dan membetulkan apa yang salah...si lelaki menerima teguran kerana memahami si buah hati...tetapi, lain pula cerita di pihak kawan karibnya!

tiba2 kawan karib si lelaki ini naik berang! dihamburkan kata-kata amarah terhadap wanita itu dengan kata-kata kesat...segala tohmahan dan fitnah yang tidak berasas...segala2nya dibuat melalui laman web facebook..dengan kata-kata yg mengaibkan, wanita ini dimalukan dikalangan kawan2 dan rakan sekerja sehingga menimbulkan salah faham dikalangan rakan2 sekerja lain...maruahnya tercemar...

tetapi, peribadi mulia wanita ini sejak dari awal dikalangan rakan2 dan sahabat handai yang lain membuatkan mereka membantu wanita ini membetulkan keadaan...
tetapi segalanya bukan mudah...kerana si kawan karib lelaki ini masih lg menghamburkan kata-kata dan fitnah2 yang keji sehingga wanita ini menitiskan airmata...semuanya hanya kerana si wanita menegur batasan pergaulan lelaki itu dengan kawan karibnya...itu pun disalah tafsir...si kawan karib ini sanggup memburuk2kan wanita ini dan sanggup menghasut si lelaki ini supaya memutuskan hubungan.

apa yang mampu dilakukan hanya berdiam diri, tetapi disalah tafsir pula berlagak baik dan berpura-pura...hanya tuhan yang tahu apa yang dilalui wanita ini...
yang lebih menambahkan kesedihan apabila si lelaki yang dicintai keliru antara cinta dan kawan karibnya...jadi, si wanita ini mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki ini demi menjaga persahabtan mereka...kerana tidak mahu disalah tafsir tentang dirinya...baginya cukuplah setakat apa yang dilalui, dirinya tidak terlalu tabah untuk menghadapi dugaan sebegitu...mungkin ia merupakan satu keputusan yang silap...tetapi, baginya dia dan lelaki itu datang dari dua dunia sosial yang berbeza...


begitu lah manusia...apa yang buruk, bila diperbetulkan, di salah tafsir...
yang betul dikatakan gila dan bodoh...
yang salah diagung2kan, diamal2kan...
segalanya sudah terbalik...
mungkin dunia akhir zaman ini sudah hampir ke penghujung....mana yang baik, mana yang buruk sudah tak dapat dibezakan...yang baik tak dapat diamalkan...yang buruk pula, sanggup dipertahankan...
sepatutnya, sesama islam, sesama manusia, walaupun bukan agama islam sekalipun, apabila kita digelar insan, jagalah pergaulan...jaga maruah...jaga percakapan...jadi insan yang mulia, membantu sesama insan..tiada hasad dengki...barulah hidup aman..tetapi, manusia sukar menerima teguran...entahlah..mungkin disebabkan itu lah, dunia tidak pernah tenteram.........


renung2kanlah....jadikan pengajaran....

Monday, February 1, 2010

Hye...N...HeLLoO...

weLL, Dis My FiRst PoSt...
I CrEate Dis bLog To ShaRe With EvEryOne My InTeresT....

yup!!
i would like to share with u all my interest n sum of my stuff dat u will really like to see..
or else, just drop by to give support to me...

hahahaha...
anyway, i also want to share with all u guys my opinion, my story, my life, and many more...
about work, about love, anything!
so, if u guys, also have any idea to share, please...u r welcome!!

dats all guys,
dis is my first post...i'm still newbies...

cheeerio..!!