Thursday, April 19, 2012

Apple Crumble

Nah belajar masak lak...
Try la buat dari duk umah korek idung....hehehe...Sodap!

  • 3 biji apple hijau Granny Smith
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula (campur gula putih dan perang)
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1-1 1/2 cawan tepung (semasa di gaul dgn butter, campurkan secukup tupung sehingga adunan jadi seperti serbuk roti sahaja)

Cara-cara

apple crumble da siap...
  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Kupas apple, buang bahagian tengah dan potong dadu. Gaulkan dengan 1/2 cawan gula, serbuk kayu manis, dan masukkan kedalam acuan.
  3. Didalam satu mangkuk, campurkan tepung, 1/4 cawan gula,dan butter. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti. Untuk memudahkan kerja, potong butter kecil-kecil sebelum digaulkan.
  4. Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Bakar lebih kurang 30 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan. Siap untuk dinikmati begitu saja atau dengan aiskrim vanilla.

Tuesday, April 17, 2012

~KimChi~

How to make kimchi, the ingredients used for this recipe are:

2 large Chinese Cabbages
230g rock salt
Water

Kimchi Sauce:

10 tablespoon of fish sauce
10 tablespoon of red pepper powder
1 onion
4-5 cloves of garlic
1 oriental pear
1 tablespoon of salt
1/2 tablespoon of sugar
small touch of ginger
4 spring onion

Making Kimchi in salt water Start by Cutting the Chinese Cabbages in to chunks, and then soak in plenty of water and add about 180g of salt. Leave this to soak for about 4-5 hours. I use a tray from my freezer as you can see from the picture.





Making Kimchi with sauce

To create the sauce put all the ingredients in a blender except the spring onions, blend until quite fine, and slice the spring onions in to chunks and add to the mixture.






Freshly made kimchi

Return the drained cabbage pieces to the tray and add the Kimchi sauce, mix by hand until it is all mixed together, Taste and it should be reasonably salty, add up to a further 50g of salt if required.






Finally put the Kimchi in to some jars, leave in the fridge for a week, and it is ready to eat. The Kimchi will keep for at least 6-12 months probably longer.

Over time the flavour becomes more sour, if it becomes to sour to eat on its own use the Kimchi to make soups or stews as the soured Kimchi will add more flavour to these dishes. It is common in South Korea to make soups and stews with older Kimchi.

It can be eaten raw as a side-dish, or added to soups and other Korean dishes.

Stilettos~


After I've been working for last few years, lot of things I did'nt have plenty of time to think...
Then come to marriage...That would be much pressure and put me into blank situation about FASHION!

I've been so spoilt over the last few years, wafting around in my comfy chunky heeled, platform soled pumps, but now its serious, and not for the faint hearted.

This will filter out the hardcore because it has happened……

the long awaited return of …..

the STILETTO….

THE Classic 4 1/2 inch heel and the all important key feature of this classic….the FLAT SOLE.

So, I have just dug out and dusted off my 4 1/2 inch, pointed classic black Stilettos to see if I still have the ability to walk run and dance for hours in them….the outcome will be interesting! But, It looks like size DOES matter after married, I mean after step into parenting...My feet goes like giant and I cannot wear my old stilettos...



Looks like I have to make a new outcome with new brand of stilettos~

Who's with me?????

Friday, April 6, 2012

Tips Eratkan Hubungan Suami Isteri

Tips Untuk Mengekalkan/Mengeratkan Hubungan Suami-Isteri

Kalau kita lihat sekarang ni kadar penceraian di Malaysia memang tinggi. Setiap hari kita boleh dengar permasalahan rumahtangga. Biasa kita dengar masa bercinta semuanya elok tapi bila dah kahwin ada saja yang tidak kena, kentut pun kena marah. Lagi satu biasa juga saya dengar ada orang mengatakan bila sudah kahwin perasaan cinta suami terhadap isteri lama kelamaan akan luntur tapi sebaliknya dengan isteri. Bila sudah kahwin perasaan cinta isteri terhadap suami akan bertambah-tambah. Akan tetapi pernah kah kita terfikir akan punca-punca ini semua berlaku. Di sini saya sediakan tips yang dapat membantu semua dalam mengeratkan hubungan dengan pasangan masing-masing. Tips ini adalah berdasarkan dari pembacaan saya dan juga pengalaman selama 8 tahun lebih sebagai seorang isteri :).

1. Komunikasi antara suami-isteri amatlah penting. Segala permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga hendaklah di bawa berbincang. Sekiranya ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain, luahkan, jangan disimpan terlampau lama. Jika tidak diluahkan pasangan tidak tahu apa yang anda rasai.

2. Elakkan pertengkaran yang berpanjangan. Pertengkaran antara suami-isteri adalah perkara biasa, adalah mustahil sekiranya tidak terdapat perselisihan faham antara suami-isteri. Sekiranya bertengkar salah seorang mesti lah beralah sama ada suami atau isteri, keluar rumah ke ambil angin, bagi tenangkan kembali ataupun redakan perasaan marah tu. Bila kita berada dalam keadaan marah, apa yang dikata atau apa yang kita lakukan akan lebih dipengaruhi oleh emosi. Masa ni lah macam-macam perkataan yang “sedap” akan keluar yang mana akan menyinggung perasaan antara satu sama lain.

3. Tolong-menolong dalam melakukan kerja rumah. Zaman sekarang ni ramai yang isteri keluar bekerja. Yang mana isteri-isteri sama-sama bekerja, jadi para suami kena lah membantu isteri. Janganlah dibiarkan isteri melakukan semua kerja rumah. Letih oooo, cuba la bayangkan pagi2 isteri dah bangun siapkan sarapan, siapkan anak-anak ke sekolah, lepas tu pergi kerja. Balik dari kerja pulak kena masak, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, uruskan anak-anak, hidang makan malam, basuh pinggan mangkuk, tengok buku sekolah anak-anak lagi, ajar anak mengaji lagi…bunyi macam kerja-kerja ringan tapi cuba la para suami melakukan semua kerja tersebut. Kalau yang mana ada pembantu rumah, mungkin ringan sikit la beban para isteri. Jadi kepada para suami tu tolong menolong la…jangan sibuk dengan hal sendiri jer, balik rumah..baca suratkhabar, hisap rokok, borak-borak dengan kawan-kawan, pergi main badminton. Fikir-fikir lah...bab cari duit sama-sama tapi bab nak urus rumahtangga serah bulat-bulat pada isteri, lepas tu komplen tak dapat layanan dari isteri, isteri selekeh la…macam-macam lah.

4. Rumah hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Jangan lah dibiarkan pinggan mangkuk penuh disinki, sebelum keluar rumah pastikan semua sampah dah dibuang, pinggan mangkuk dah dicuci, bilik dah kemas dan ruang tamu pun dah kemas. Bukannya apa…bila balik dari kerja tu…sedap la sikit mata memandang. Ini kalau balik tengok rumah berselerak, automatik perasaan letih dan marah pun sampai. Lagi sekali suami isteri kena bekerjasama dalam memastikan rumah tu sentiasa kemas dan bersih. Sekali-sekala ubahlah posisi meja, sofa, almari dan lain-lainnya. Bila alat perabot diubah-ubahkan, so tak ada borino tengok posisi sama jer, so feeling pun boleh berubah.

5. Kurangkan bebelan. Biasanya bab membebel ni biasanya berlaku pada para isteri. Jadi kepada para isteri di luar sana kurangkan lah membebel. Pasangan anda akan merasa bosan jika setiap hari anda membebel, malah saya sendiri pun tidak suka mendengar orang membebel.

6. Jaga penampilan. Bab ni bukan isteri sahaja yang kena jaga penampilan tetapi para suami pun kena la jaga penampilan. Si isteri jangan lah asyik pakai kain batik atau baju kelawar je kat rumah, at least pakai la seluar panjang dengan tshirt di rumah, mesti kemas, jangan kat opis je nak makeup, kat rumah pun kena la makeup sikit, rambut pun kena kemas, jangan dibiar mengerbang macam hantu. Body pun kena jaga la sikit, kalau suami tak kisah tak apa la…tapi ada suami yang kisah so pandai-pandailah. Suami pun sama, jangan lah pakai kain pelikat je di rumah dan berbogel tayang perut (tak pakai baju la tu). Perut tu kena la jaga, jangan sampai masa isteri mengandung, suami pun sama mengandung. Masa nak keluar rumah pun sama, biar smart..bila sama-sama kemas dan cantik dan smart, baru la sedap mata memandang.

7. Jangan biarkan pembantu rumah buat semua kerja rumah. Ini lah silapnya sesetengah dari masyarakat kita, bila ada pembantu rumah, segala-galanya suruh pembantu rumah yang buat, sampai basuh kereta pun suruh pembantu rumah. Elakkan pembantu rumah dari melakukan perkara-perkara di bawah:-

Memasak. Bab ini seboleh-bolehnya biar isteri/suami yang buat, kita cuma boleh suruh dia sediakan bahan-bahan sahaja seperti potong sayur,siang ikan, ayam dan potong bawang. Air tangan memasak ini lain, jangan sampai suami/anak-anak teringat-ingat masakan pembantu rumah.

Bilik tidur. Bilik tidur kita ada tempat peribadi, jangan dibiarkan pembantu rumah sewenang-wenang keluar masuk dalam bilik tidur kita. Biar kita sendiri yang mengemas bilik tidur, takkan la tak mampu nak kemas bilik tidur sendiri.

Pakaian dalam biar kita sendiri yang uruskan.Dari bab membasuh sampailah melipat, seelok-eloknya disorok dari penglihatan orang, nanti orang boleh tau size buntut anda..huhuhuhu. Pakaian kecik-kecik ni sidai dalam bilik air kita sendiri pun tak apa.

Jangan biarkan pembantu rumah uruskan semua hal anak-anak. Seelok-eloknya bila balik rumah tu, perhatian untuk anak-anak tu kita lebihkan, terutama bab suap makanan (untuk anak-anak yang kecik la), orang tua-tua kata, bila kita suapkan anak makan, anak akan ingat dengan kita, beri lebih tumpuan kepada mereka, tidurkan mereka. Jangan biarkan pembantu rumah laku kan semua kerja tersebut, nanti anak-anak ingat dekat pembantu rumah lebih dari mak sendiri.

8. Ingat tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan hari ulangtahun pertemuan/hari pertama keluar dating. Suami isteri mestilah ingat tarikh-tarikh penting ini, set lah reminder di handphone ataupun catatkan dalam diari. Ucapan pun sudah cukup untuk menandakan yang kita ingat tarikh tersebut. Jangan senyap sunyi jer...lupa terus, mesti pasangan anda akan merasa amat sedih. Masa belum kahwin ingat semua, bila dah kahwin semua lupa.

9. Solat berjemaah. Setiap hari mesti paling kurang ada satu waktu solat pasangan bersolat jemaah bersama-sama. Solat Subuh, Maghrib dan Isya’ sebab kalau solat zuhur dan asar tu masa kita bekerja. Solat bersama-sama dengan pasangan amat berkesan untuk mengeratkan hubungan suami-isteri dan juga keluarga.

10. Makan bersama. Ada pasangan yang mana suami atau isteri terlampau sibuk dengan kerja sampai langsung tak ada masa nak makan bersama. Balik pun dah malam dan dah makan kat luar. Seboleh-bolehnya cuba la untuk makan bersama, tak kira la masa lunch ker atau masa makan malam ker. Makan malam bersama semua ahli keluarga elok di amalkan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

11. Puji-pujian. Kadang-kadang tu puji la pasangan masing-masing. Masakan sedap ker, hensem ker, lawa ker...tak rugi pun kita memuji orang ni. Cuma keluarkan sedikit ayat-ayat pujian tu...kesan tu yang penting. Kita manusia ni...memang la suka bila di puji..mustahil la kalau kita tak suka kan.

12. Kejutan. Kadang-kadang tu buat la kejutan untuk pasangan masing-masing. Kalau ada duit tu bawak lah pasangan pergi candle light dinner ker, pergi beli cincin ker, hadiah kan baju Chelsea ke (hehehe..utk pasangan yg minat chelsea ler), kasi bunga ke...dan macam2 la.

13. Bawak la pasangan berjalan-jalan / melancong. Jangan lah dibiarkan pasangan tu duduk memerap kat rumah jer. Bawak lah jalan-jalan pergi downtown ke hehehe, mandi laut ker, mandi air terjun ker...so tak ada la bosan sangat. Aktiviti ini tak semestinya memerlukan belanja yang besar. Kalau yang berduit tu boleh la bawak pergi melancong, yang bajet kurang tu..bawak pergi mandi laut pun dah ok ataupun hujung minggu bawak pergi berjogging / buat aktiviti2 luar rumah, berkelah kat taman ker. Anak-anak pun suka.

14. Jangan terlampau cemburu. Cemburu yang melampau boleh mengeruhkan hubungan. Kadang-kadang tu dengar jugak ada isteri telefon office suami tanya suami pergi mana semua. Suami pulak melarang isteri berkawan dengan kawan-kawan lelaki, bercakap pun sampai tak boleh. Isteri dan suami kena jaga maruah pasangan masing-masing. Trust each other amat penting dalam hubungan suami isteri, akan tetapi jangan la ambil kesempatan. Kadang-kadang suami atau isteri perlukan kawan, so tak salah untuk berkawan cuma kena tau batasan masing-masing. Sekiranya syak sesuatu, siasat dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.

15. Terima kelebihan dan kelemahan pasangan masing-masing. Tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna, pasti terdapat kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi belajar lah untuk menerima kelemahan pasangan masing-masing. Sekiranya kelemahan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, tingkat kan usaha tersebut untuk menutup kelemahan itu. Misalnya kalau tak pandai memasak, belajar lah memasak.

16. Tingkatkan hubungan mesra / kasih sayang. Pelbagai cara boleh digunakan untuk meningkatkan kasih sayang. Kita kena sentiasa cuba untuk menyegarkan perasaan kasih sayang, jangan perasaan tu makin lama makin menguncup, bila dah menguncup, masa tu la duk fikir nak cari yang lain. Cuba la cara-cara seperti di bawah ini, pada sesetengah orang mungkin benda ni remeh, tapi ianya amat berkesan untuk mengerat kan hubungan suami isteri.

Bergurau-senda. Bergurau senda ni tidak terhad di bilik tidur sahaja, jangan salah anggap yer. Macam buat memek muka ker, berlakon merajuk ke, buat aksi-aksi kelakar ker dan macam-macam la.

Belai-belai rambut. Sambil-sambil menonton tv tu, belai la rambut pasangan anda tu, tak pun kalau pasangan suka cari uban, so buat la…cari uban atau cabut rambut gatal.

Cuci muka pasangan. Bila tak ada buat apa tu, cuci la muka pasangan masing-masing, buang jerawat, bintik-bintik hitam/putih kat muka tu..kalau pasangan tak tahu kena ajar la...dan guna alat dan pencuci yang betul.

Memotong kuku pasangan masing-masing. Ini salah satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan anda. Tiap-tiap bulan, luangkan sedikit masa untuk memotong kuku pasangan dan anak-anak.

Mengurut badan dan menggaru. Sedap nya kalau badan kita diurut setelah seharian bekerja. Aktiviti ini boleh dilakukan bila kita hendak tidur atau di masa menonton televisyen. Jangan isteri jer urut atau garu suami. Suami pun kena buat benda yang sama terhadap isteri.

Mandi bersama. Sebulan sekali cuba la luangkan masa untuk mandi bersama. Kat belakang badan kita ni, tangan tu ada yang tak sampai nak cuci, so mintak la tolong pasangan kita untuk gosokkan badan.

• Curi masa untuk buat aktiviti berdua-duaan. Bila dah ada anak tu, cuba la curi-curi masa untuk buat aktiviti bersama seperti menonton wayang ker atau jalan-jalan cuci mata. Kita boleh ambil cuti sehari ker.

Semoga tips yang diberi ini dapat membantu anda semua dalam meningkatkan hubungan dengan pasangan masing-masing~

Wednesday, April 4, 2012

5 tips K.U.R.U.S

Senaman

Tips kurus paling berkesan adalah melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan supaya tak membebankan badan.


Makan Makanan Sihat

Seimbangkan diet korang lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan. Ada jugak tips untuk kurus menyatakan menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila berkeinginan untuk mengunyah patut diamalkan. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carrot, oren, limau dan andai diberi pilihan, amalkan pengambilan yogurt.


Kurangkan Makan

Kawal diet dengan makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan korang sebelum ini contohnya sebelum ini korang makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja.

Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet. Makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut tidak kosong dan lapar.


Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang korang ingin lakukan.

Katakan apa yang korang rasa ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa terbuang begitu sahaja kerana boleh mengelakkan dari korang berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya akan sentiasa gembira dan ceria. Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus.


Kawal emosi

Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus iaitu bijak mengawal emosi dan pemikiran maka korang akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri.

Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kuruskan badan akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

P/s: Nak kurus nih jangan hanya tumpu kepada cara pemakanan jek sebab emosi dan persekitaran memainkan peranan penting. Kalau emosi tak stabil, macam mana nak hapi. Kalau tak hapi macam mana nak berdiet kalau mood asyik nak melantak jek setiap masa. Fikir – fikirkan. Selamat menguruskan badan. Wuwuwuuu.

Sunday, April 1, 2012

HeLoO

Salam 1 Malaysia!
hahaha...

perhhh...lama gila x berblogging...sebulan lebih derrr...
well, biasala...aku dah jadi mak, mama, mother, mummy, ibu, ummi, ma...
macam2 leh panggil! But u can just call me mama Aqeef...
hehehe...Tanggal 14 Feb 2012, aku selamat melahirkan baby boy dengan sedikit komplikasi disebabkan oleh keTIDAKcerdikan beberapa org doktor and nurse di HUSM Kubang Kerian...
Anak aku dimasukkan ke ICU kanak-kanak selama 3hari and wad biasa selama 4hari...

Anyway, aku xnak cerita panjang pasal tu coz sekarang, anak kesayangan aku ni dah sihat chubby2...and I want to forget the darkness that I believe it would never happen again!

Baby boy aku ni namanya Mohamad Idham Aqeef Bin Mohd Hazran...
Kacak, hensem macam mama dia...hehehe...
I guess, bila aku dah dapat anak LELAKI ni, diulang LELAKI hasil perkongsian hidup selama 2tahun bersama SUAMI aku ni, harap ia akan melenyapkan segala spekulasi dan juga menamatkan kegilaan orang tersebut dari terus sakit jiwa fikir pasal kami berdua...

Sekarang ni, anak aku dah nak masuk 2 bulan...sgt comel dan sgt manja...
I wish I can shared the picture but.....next time k?
Anyway, hope aku akan ada masa lagi nk update blog yg dah bersarang lelabah ni! haha...wokey!

Till then, jumpa lagi ye! adiooooooooossss~