Monday, March 21, 2011

[ couple itu H A R A M ? ? ]

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI
ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan:

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya,
sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah
mereka menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH
berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;

ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali
yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain
tudung ke dadanya. (an-Nuur : 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-
Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud
Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat
wanita.
3.Ada nya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus
disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila
kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari
balik hijab.(al-Ahzaab : 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulul lah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali
bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah
berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-
duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis
Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada
suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah
seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk
dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang
yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yan g baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika
yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada
para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang
lain tanpa suara merdu, dialam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya


(Tafsir Ibnu Kathir 3/ 350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan
jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal
baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh
al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat
penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun
saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari) Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki
dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya
atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda
Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina,
yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan
dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji
yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan
segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana
Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Kenapa Couple Itu Haram?
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa
bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya

terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama
kekasihnya.
5 .Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita,
meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang
yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup unt uk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

| Hujan Oh Hujan |

cuaca akhir-akhir ni sangat mengganggu kehidupan seharian . bukan setakat xdapat nak pergi jalan-jalan , nak g karaoke pun rasa lain macam sebab takut hujan makin lebat . Hahahaha~ tapi yg bestnya hujan ni membuatkan perasaan makin malas nak study sbb sejuk dan ia meransangkan hormon tidur . Jalan pun L I C I N ! bahaya untuk berjalan-jalan . nanti ada plk yg terseliuh sampai kecoh satu KSKB buat treatment utk dia sorang mcm adalah orang tuuu......~~ hahaha...~ tapi ok gak , boleh pakai selipar g kelas kan ? so xpayah pakai stokin , J I M A T ! tapi satu sebab gak hujan ni menyebabkan rasa nak minum air kelapa susu tu asyik terbantut je . Rancangan tak dapat diteruskan lagi .

tiba-tiba je bulan ni hujan sedangkan ni bukan musim tengkujuh . Maybe ada kaitan dgn tsunami di Jepun tu kan ? anyway , time-time hujan macam ni patutlah kita ambil langkah berhati-hati dan jaga keselamatan diri dan kawan-kawan yg lain . janganlah tiba-tiba nak gi Genting ke Tanah Tinggi ke Pulau2 ke ... tak ke bahayakan keselamatan ? drive pun kena berhati-hati ... hamm ... risaukan? kesihatan paling perlu dijaga sebab hujan2 ni boleh menyebabkan macam-macam penyakit . demam, selsema, batuk ...

so, sama2 lah kita jaga kesihatan dan keselamatan diri...

cheriooo~

Saturday, March 19, 2011

. Mengongkong . Dikongkong .

. Saya nak tanya kepada pembaca yg xberapo nak ado ni . . . anda suka tak dikongkong ?
tak kira lah oleh keluarga , mak , kawan , BOYFRIEND , suami , cikgu , atau apa sajalah . . . mesti tak suka kan ? tapi jgn terkejut andainya saya cakap ada sesetengah manusia ni suka hidup dikongkong . . kononnya itu adalah cara mereka mengambil berat tentang diri seseorang tu . . rasa disayangilah konon . . .yang mengongkong tu pulak tu cara nak protect la konon . . |O V E R P R O T E C T E D| !
saya nak kongsi la satu cerita ada seorang budak tu , budak perempuan . . dia ada boyfriend . . leh katakan baru setahun jagung lg la bercouple . . kononnya nak jadi pasangan paling romantik la , so , mereka asyik bertempek sesama sendiri 24/7 . . bukan nak ceritakan keaiban orang . . tapi, pasangan ni beragama Islam tapi , perangai x melambangkan begitu . . hanya fikirkan diri-sendiri dan kepuasan nafsu sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan perasaan orang lain . . yang paling menjengkelkan ialah mereka sentiasa membuat perlakuan yg kurang senonoh . . kategori teruk punya la . . haishhhh ! kalau mak bapak tau ni , xtau la. . .

nak bagitau tentang dikongkong . . si boyfriend mengubah cara pemakaian dan etika perlakuan si gadis. . |gadis?| teet.... yang xmasuk akal punya lah . malas nak cakap r sbb byk sgt. ! tapi tulah . . si gadis yang kononnya nak jadi awek mithali ni , ikut je . . adoi . . sampai bila la. . kesian sgt2 kita yang memandang ni. . tapi yelah, siapalah kita kalo bg nasihat pun org xdengar , so kita tunggu dan lihat jelah . . if happy ending, kita tumpang gembira. . .if tak, saya memang nak cakap satu benda je . . | SERVE YOU RIGHT ! | terutamanya pada si gadis la. . Cheap . .~
Astaghfirullahalazim! tapi yelah. . . kepada yang membaca dan mengalami perasaan jelik yg sama mcm saya , jomlah kita sama2 tunggu dan lihat ye . . doakan jelah apa yang korang rs patut di doa utk mereka ni . .

~semoga T E R B U K A la pintu hati diorang ni~

cheriooo...~

Sunday, March 6, 2011

@Tanya Sama Hati@

xtau sebenarnya nak tulis apa...
cuma rasa nak kongsi sikit apa yang perlu dikongsi...
saya rasa, semua orang pernah bercinta...
tapi bila kita dah sampai jinjang pelamin dan bahagia, ada tak org yg berduka dgn kebahagiaan kita? bagi saya, saya sgt bahagia selepas kahwin...
tiada yang lebih sempurna selain mendapat kasih sayang sepenuhnya dari suami tercinta...
apa yang lebih penting ialah saya rasa kita semua akan lebih bahagia apabila kita dapat bahagiakan org yg kita sayang...
saya dan suami hidup sederhana, bagi saya hidup kami perfect...
saya bahagia dengan kasih sayang yg diberikan....
walaupun ada halangan dan rintangan yg perlu kami lalui, tapi saya masih gembira disisinya...
tanya sama hati...
adakah anda akan bahagia bila melihat org lain bahagia?
tanya sama hati...
adakah anda bahagia dengan hidup anda sekarang?
jawapannya, tanya sama hati anda sendiri...

cherioo~

Saturday, March 5, 2011

BerCouplE

da lama xblogging...
kali ni nak share pasal berpacaran...dalam bahasa kelantannya, gewe!
aku ni bukan lah baik sgt pun masa couple dulu...tp xde la sampai depan org lain, org yg lebih tua dr kita, ataupun cikgu ke lecturer ke, nk tunjuk jugak...
agak2 la wei...agak kurang ajar la depan insan lain pn nak tunjuk jugak...
kalo nak buat, buat belakang la...xpyh tunjuk kat org yg kita tu buat dosa...
dah buat depan org, kalo org tegur tu, biarlah ada perasaan malu...
ni tidak! boleh pulak jawab kubur masing2...dah besar panjang dah boleh pk...
tau lah da besar panjang, tp tugas aku sebagai seorang kawan, kakak, insan, manusia, umat islam, adalah perlu untuk aku tegur kalo dah buat silap...sakit mata memandang tau! yg paling xbestnya, aku sekali kena tanggung dosa yang ko buat...
sbb ape? sbb kita dikatakan bersubahat...

bukan nak ckp ape la...kita nak couple ke nk gewe ke ape ke, jagalah tatatertib...nak buat, buat belakang la...jgn la sampai burukkan nama org lain...sakit hati tau x...
satu lagi, kita ni jgn la jadi jakun sgt...nak bercouple tu, sampai peluk2 cium2, tempek2 24jam...macam ko sorg je couple...

ishh...da naik muak tau tgk...kalo kekal sampai kawen mcm aku ni, xpelah...kalo xkekal? sape yg malu nanti? ko jugak kan? tambah2 ppuan...dahlah org dah tahu ko pernah buat benda xsenonoh...geli aku...

kalo org lain tau n bgtau kat mak bapak korang...korang ingat diorang xmalu ke ngn sikap korang ni? open-minded pun beragak la weh...ingat tuhan sikit nak wat maksiat...

dahlah...malas aku nak bebel...wat penat je...bukan dgr pon! chow!!