Saturday, April 16, 2011

. MalaS .

Saya malas nak update blog minggu ni . Mood saya terganggu dgn perangai seseorang . Dia suka pinjam duit org , baju org , dan suka tipu org . Geram betul ! . Semua org bengang dgn dia . Sakit betul hati saya ~

Tuesday, April 12, 2011

Today's Cake Recipe: Kek Lobak Bersos

Bahan-bahan :

250 ml minyak masak
4 biji telur
3 sudu makan marjerin, dicairkan
175 gram gula pasir
280 gram tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh baking soda
½ sudu the serbuk kayu manis
¼ sudu teh garam
75 gram biji gajus, dicincang
45 gram kelapa parut kering
300 gram lobak merah, diparut

Bahan sos / hiasan:
80 ml santan, dipanaskan
110 gram keju mascarpone
2 sudu makan madu
1 biji limau nipis, diambil kulitnya, diparut
3 sudu makan air oren sunkist
1 sudu teh serbuk halia
Kelapa kering manis untuk taburan


Cara Penyediaan:


Panaskan ketuhar 190ÂșC. Blender minyak masak, telur, marjerin, dan gula pasir hingga lembut. Ketepikankan.

Ayak tepung gandum, baking powder, dan baking soda. Masukkan serbuk kayu manis, dan garam. Kacau rata.

Masukkan adunan minyak masak, kacang, gajus, dan lobak merah. Kacau rata.

Tuang adunan ke loyang kek yang dioles marjerin dan dialasi kertas minyak. Masukkan kedalam ketuhar selama 50 minit.

Sementara itu satukan santan, mascarpone, dan madu. Tambah kulit limau, air sunkist, danserbuk halia. Kacau rata.

Setelah kek masak dan disejukkan pada suhu bilik, siram sos ke atas kuih dan taburi kelapa kering manis. Potong-potong dan sajikan.

Today's Recipe: Ikan Kunyit Berserai

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri
10 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
½ inci halia (dikisar)
2 gram serbuk lada hitam (dikisar)
6 helai daun pudina
1 tangkai daun kesum
2 biji tomato (dibelah 2)
1 tangkai ciii hijau
1 tangkai ciii merah
100 gram bunga kobis
1 batang kacang panjang (dipotong 1 cm)
125 ml perahan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu cili kisar – tambah/kurangkan ikut pedas anda

Cara Penyediaan:

Campurkan bahan-bahan yang dikisar iaitu cili kisar, serai, dan halia bersama garam, gula dan perahan jus asam jawa.

Letakkan ikan di atas loyang di dalam periuk kukus. Kukus ikan tersebut sehingga masak.

Apabila ikan sudah masak, masukkan pula buah tomato bersama cili, bunga kubis dan kacang panjang.

Taburkan daun pudina dan daun kesum. Kukuskan lagi selama 5 minit sebelum dihidangkan.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

=Pesanan Buat Suami=

Pesanan buat suami (Dr Fadzilah Kamsah)

A. Untuk lelaki yg bernama SUAMI dan buat rujukan utk kaum ISTERI – Dr Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan

perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang

perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Saturday, April 9, 2011

. . . Kenali P O T E N S I diri anda . . .

Setiap orang yang dilahirkan ke dunia pastilah memiliki potensi diri merka masing masing. Namun sayangnya, jarang yang menyadari hal tersebut dan bahkan sering banyak yang merasa rendah diri karena menganggap dirinya tak mempunyai kemampuan lebih dibandingkan yang lainnya. Hal tersebut sungguhlah sangat disayangkan. Jarang kita sadari bahwa sebenarnya kendala terbesar manusia justru terletak pada pikiran kita masing masing. Orang yang dapat berpikir besar dan positif biasanya dapat melakukan hal besar yang menjadi cita cita dan orang yang berpikir kecil dan cenderung negative akan mendapatkan hasil yang sebaliknya.

Dalam artikel ini saya akan mencoba untuk membawa anda keluar dari pola pikir yang sempit dan mulai berpikir dengan paradigma yang baru. 8 Langkah yang harus lakukan untuk mencapai potensi hidup yang maksimal adalah :

Langkah pertama : Gambarkanlah Impian atau cita cita anda secara Mendetail.

Menurut banyak penelitian yang telah dilakukan, orang orang yang telah meraih kesuksesan, jauh sebelum itu mereka telah memiliki impian yang jelas terhadap apa yang ingin mereka raih. Milikilah impian yang jelas dan visualisasikan hal tersebut dengan media yang nyata seperti menuliskannya dalam sebuah buku yang disertai dengan gambar – gambar detail beserta target waktu yang diperlukan dalam usaha meraihnya hal tersebut.

Langkah kedua : Perluaslah wawasan anda

Setelah anda mempunyai gambaran yang jelas terhadap hal yang menjadi impian anda, janganlah berhenti sampai pada tahap seorang pemimpikesuksesan tanpa perjuangan, tiada orang yang menjadi pintar tanpa belajar. Orang orang yang ingin berhasil haruslah berani untuk belajar, mencoba sesuatu hal yang baru untuk mengembangkan wawasannya. Karena dengan wawasan tersebut ia dapat menjadi orang yang berguna bagi masyarakat banyak. saja. Tiada

Langkah ketiga : Lakukanlah tindakan nyata yang mendekatkan anda pada impian

Tidak ada satu teoripun yang dapat dibandingkan dengan tindakan nyata yang anda lakukan. Jadi lakukanlah tindakan – tindakan sekecil apapun yang mendekatkan diri pada impian anda.

Langkah keempat : Kembangkanlah pikiran positif dalam diri anda secara terus menerus

Setelah anda melakukan tindakan nyata dalam pengembangan diri anda, yaitu dengan memperluas wawasan dan pengetahuan anda maka langkah berikutnya adalah berfikir positif. Yakinlah bahwa apa yang telah anda lakukan itu merupakan suatu proses yang benar untuk membawa anda menuju kepada kesuksesan yang anda impikan. Lakukan hal ini dengan merelaksasikan tubuh dan pikiran anda dalam kesendirian lalu diikuti dengan mengucapakan kata kata positif, hal ini terutama dilakukan di pagi dan malam hari menjelang tidur.

Langkah kelima : Bayangkanlah apa yang anda lakukan ketika anda berhasil meraih impian

Teknik membayangkan ini juga merupakan bagian penting. Sebab hal itu akan menentukan
tingkat kepercayaan diri anda dalam bertindak. Fakta menunjukan bahwa Anda tidak akan
pernah melesat lebih tinggi dari apa yang Anda bayangkan mengenai dirimu sendiri. Jika membayangkan saja anda tidak berani bagaimana anda dapat merealisasikan hal itu menjadi kenyataan. Bayangkanlah didalam benakmu, dalam percakapanmu, dalam perbuatanmu dan semua indera yang anda punyai dan resapilah sampai ke pikiran alam bawah sadarmu.

Langkah keenam : Bertemanlah dengan orang orang positif

Seperti kata pepatah lama, jika ingin berhasil maka belajarlah dengan yang sudah berhasil dan jika ingin memaksimalkan potensi diri anda maka betemanlah dengan orang orang yang mempunyai impian dan cita cita besar seperti itu juga. Pikiran anda bertindak layaknya seperti antenna radio yang menangkap sinyal dengan frekuensi yang anda pilih sendiri, semakin dekat pemancarnya, semakin bagus suara yang dihasilkan maka pilihlah frekuensi dari orang orang positif yang berada di dekat anda.

Langkah ketujuh : Teruslah bangkit ketika anda mengalami kegagalan ataupun rintangan

Anda boleh saja terjatuh dan gagal dalam hidup ini, tetapi pastikanlah anda akan terus bangkit setelah itu. Justru dengan kegagalan anda dapat belajar tentang banyak hal yang membuat anda berkembang jauh lebih baik ke depannya nanti. Anda harus berani untuk keluar dari kegagalan masa lalu dan menghadapi hari esok menuju yang lebih cerah

Langkah kedelapan :Lakukan semua hal dengan iklas, sungguh sungguh dan penuh suka cita

Ingat bahwa hakekat keberhasilan merupakan suatu proses yang indahBukankah setiap hal yang anda lakukan di dunia ini adalah untuk meraih kebahagian ataupun membahagiakan orang orang yang kita cintai?? jadi merupakan suatu hal yang tidak tepat jika kita malah bersedih, berkeluh kesah dan menderita dalam proses kesuksesan yang sedang kita perjuangkan. Hadapilah semuanya dengan senyum dan bersemangatlah. Janganlah anda menunda kebahagiaan sampai anda mencapai semua sasaranmu. Jika anda telah berjuang, bekerja dan berusaha dengan seluruh daya upaya yang anda miliki secara optimal maka anda sebenarnya sudah layak untuk berbahagia pada saat ini juga ! jadi nikmatilah semua proses yang terjadi.

A P A A D A P A D A D I R I

Hari ni saya menyedari sesuatu...
apabila sebuah hubungan tu terlalu perfect, samada hubungan cinta antara suami isteri ataupun hubungan antara kekeluargaan, tentu ada dugaan dari arah lain yang mendatang...
Hubungan yang terlalu perfect dengan kasih sayang, cinta dan impian, dugaan datang menduga dari segi kewangan, tekanan hidup, kerjaya dan lain-lain.
Saya cuba membuka minda sendiri utk menjadi org yang lebih bersabar dan positif dalam apa jua keadaan.
Saya belajar satu perkara yang saya ingin kongsi dengan anda semua.
Dalam diri semua manusia, terdapat 1% penyakit psikiatri. Hanya bergantung pada diri kita, akal, emosi dan iman kita sahaja yang dapat mengelakkan peratusannya meningkat.
Panas baran, terlalu sedih, terlalu ceria dan cepat marah merupakan salah satu mental disorder.
Jadi kita semua harus menjaga emosi dan pemikiran masing-masing kerana kita semua mempunyai potensi menjadi seorang pesakit mental.

Thursday, April 7, 2011

[9 Tips Hubungan Gagal ]

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

..Tips Utk Yg Single..

Tips mengorat lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. 2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. 3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. 4. Jujur dan sentiasa merendah diri. 5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. 6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). 7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. 8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati. 9. Jangan terlalu mengongkong. 10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. 11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. 12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya. 13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. 14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati. 15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka. 16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. 17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain. 18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. 19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali. 20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. 21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang. 22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik. 23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. 24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal. 25. Mengetahui bila hari lahirnya. 26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. 27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. 28. Agresif. 29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. 30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan. 31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'. 32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita. 33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. 34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan. 35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. 36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis. 37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. 38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu! 39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas. 40. Jangan bersikap terlalu kuno. 41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya. 42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun. 43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim. 44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan. 45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. 46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati. 47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. 48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. 49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan. 50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

--- AWAK ! AWAK ! -----

AWAK , AWAK . . . AWAK , AWAK . . .
BENCI AKU DENGAR !

MENYAMPAH !!!!

AGAK-AGAK LA DEPAN ORANG RAMAI NAK GEDIK-GEDIK !
TAK SESUAI DENGAN KAU LA ! GELI ! !