Monday, January 31, 2011

| Resipi Lah Pulak |

| Atas permintaan rakan-rakan, saya akan selitkan resipi untuk tatapan anda|

resipi pertama...

Kek Coklat

Bahan-bahan ( +/- sekilo )

  • 1 cwn air panas
  • 2 cwn gula
  • 3 biji telur
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn koko powder
  • 1 sudu baking powder
  • 1/4 sudu sodium bicarbonate (tak letak pun takpe)

Cara-cara

  1. Larutkan gula dalam air panas.
  2. Pukul telur sampai hancur, masukkan dalam gula tadi. (Telur tu takyah pukul sampai kembang..)
  3. Masukkan susu cair, minyak...kacau lagi..
  4. Masukkan serbuk koko..kacau..kemudian masukkan tepung, baking powder & sodium bicarbonate..kacau sampai sebati..
  5. Dah sebati..masukkan dalam acuan kek pastu bakar dalam 180 celcius selama 45 minit...
  6. Dah masak leh hiaskan dgn ape saje topping yang best!

[ CuTi-CuTi ]


lagi sehari de kelas then cuti menjelma! wahhh! xsabar nak balik kampung.. Da sebulan xjumpa mak... :'( sedihnye....sayu hati bila teringat kat mak...my mom is the best! everybody's mom is the best...

Cuti ni ramai kawan-kawan menamatkan zaman bujang...xmenyabor da masing-masing! semua da besar-besar da...tup-tup umur aku n kawan-kawan da masuk 20++ hehehe...da tua da...teringat pulak zaman sekolah dulu...semua cakap nak kawin ngan anak raja...paling tak pun nak kawin ngan cinta monyet time tu, the most cutest boy in school la konon! last-last, cinta yang x dirancang jugak yang jadi jodoh...

Cuti ni mesti ramai yang pergi bersiar-siar...al-maklum sajalah, duk rumah ni bosan...so, byk plan dalam kepala ni! yang penting jaga keselamatan diri dan orang yang tersayang...kalau yg dah kawen tu, ni la time nak pergi honeymoon...lau yg belom tu, jgn pandai-pandai plk nak honeymoon! jgn besarkan maksiat! tak baik! tuhan laknat tau....nanti bumi ditimpa bencana...

The best part is, boleh bersama dengan insan tersayang...baik mak, ayah or suami n adik beradik...yg penting ni lah masa untuk luangkan masa dengan org tersayang...alangkah~ boleh makan-makan, jalan-jalan, tgk tv, manja-manja...together-gether...so sweet~

so, cuti ni luangkan masa dengan baik dan berfaedah! yg student tu jgn lupa study! assignment skali! k?

cheerio~~

Sunday, January 30, 2011

GaduH Lagi

lagi-lagi gaduh...lagi-lagi gaduh...
memang nampak sgt sekarang ni nak berpecah belah...
macam mana ni...? macam mana nak buat ni...?

nasihat aku pada mereka-mereka ni, saling memaafkan dan terima kesilapan diri masing-masing...~

| im so S A D |

|| sedih sangat dengan sikap sesetengah pihak..kenapalah masih ada lagi hal yang macam saya ceritakan sebelum ni? tapi post tu da xde...kenapa mesti dipulaukan seorang kawan yang kita dah lama berkawan...kita pernah close, pernah rapat...kenapa dengan salah yang dilakuakan; walau sebesar mana pun, walau sekecil zarah sekalipun, kenapa sukar untuk dimaafkan selepas dia meminta maaf? kenapa mesti dipulaukan? ||

|| jangan ada benci...jangan diteguk air yang keroh...buang lah segala yang keroh, tapis, suling, dan minum lah yang jernih...segala yang keroh boleh dihilangkan...hanyalah kita sebagai manusia yang lemah mestilah ada sikap Give n Take...||

|| saya juga manusia biasa, yang sering membuat silap...tapi saya sedar saya insan yang lemah...dan hanya insan ciptaan-Nya yang lemah dan hina disisi-Nya...tapi cuba memaafkan kesalahan otang yang kita pernah sayangi terutama kawan-kawan dan juga keluarga. mereka lah yang sentiasa berada disisi kita ketika susah dan senang...mengapa mesti diketepikan mereka hanya kerana secalit kesalahan?? renung-renungkan...||

|| jangan lah kita memburuk-burukkan orang lain jika sebenarnya kita memburuk-burukkan diri sendiri...kita semua sama...kita juga ada kesilapan sendiri...jangan menilai seseorang itu hanya kerana orang lain yang memburuk-burukkannya...yang penting, saling memaafkan...||

||love ur friends, love urself..love others, love brothers..mostly, love ur hearts, love ur God||

cherioo~~

Saturday, January 29, 2011

????

sikap dan tanggungjawab...
bercakap pasal sikap, susah bagi seseorang tu nak ubah sikap...
dari sikap yang malas, kepada sikap yang rajin; etc...
selain tu, susah jugak bagi seseorang tu nak terima sikap orang lain...
samada sikap buruk or baik...
kita sebenarnya boleh ubah sikap....
untuk menjadi tanggungjawab...faham x?
sikap tu teras kepada tanggungjawab tau...
if sikap kita ni acuh x acuh, macam mana kita nak pikul tanggungjawab?!
tanggungjawab ialah satu perkara yang sangat penting dalam hidup setiap insan bergelar manusia...
sejak kita kecil lagi kita dah ada tanggungjawab...
tanggungjawab terhadap mainan kita, terhadap botol susu kita, dan macam-macam lah...
bila dah besar, tanggungjawab kita dah kepada insan yang lain...
tanggungjawab pada kawan-kawan, pada keluarga, pada masyarakat...
pada harta benda pun perlu...
tapi berapa orang yang sedar akan benda ni?
berapa orang yg tahu pasal ni tapi masih lagi buat x tahu?
berapa orang yang dia cakap dia bertanggungjawab. tapi sikap dia masih tergantung?

kesimpulan dia, jangan lah kamu bercakap tentang tanggungjawab jika kamu sendiri tak bertanggungjawab n bersikap acuh x acuh...xkira lah pada kawan-kawan mahupun diri sendiri....
u are so pathetic!

cheriooo~~

Thursday, January 27, 2011

@ FriEndShiP @

Kawan dunia akhirat...
susah nak dicari...
Selalunya, jumpa kawan ketika ketawa...
Kadang-kadang jumpa kawan ketika sedih...
Tapi, kawan yang memahami dan sentiasa bersama susah nak dicari...

Susah, senang, kecewa, sedih, marah, ketawa, gembira, terluka...
byk lagi perasaan yang boleh dikongsi dengan kawan...
kawan baik...sahabat...teman...istilah yg sgt berbeza...

Bagiku, kawan adalah seorang yang sgt penting...kerana kawan memahami hati sepenuhnya...terutama kawan baik...

I love my Bestfriend...
Ryukika...

=LoVe=


Hari ni ada kata-kata dari seseorang yang mengatakan, kadang-kadang manusia ni xnampak apa yang ada didepan mata kita selama ni sampailah masa kita kehilangannya...barulah semua pengorbanan dan kasih sayang org tu dihargai dan dicari...timbullah penyesalan...

Dan selalunya, lelaki...lelaki lah yg akan selalu mengalami situasi begini...setelah bertahun-tahun bercinta, kemudian berkahwin dengan wanita lain yang baru dikenalinya...selepas beberapa tahun berkahwin, timbul penyesalan kerana terkenangkan cinta hati yang dahulunya ditinggalkan...walaupun hatinya menyayangi isterinya sekarang, tapi ada secalit penyesalan dalam dirinya...adakah ia benar? tapi kenapa?

Bagi saya, pengorbanan dan kasih sayang seseorang tu xperlu diukur dan setiap individu mengekspresikan cinta mereka dengan cara yang berlainan...terpulang kepada kekreatifan individu tersebut bagaimana nak memenagi hati pasangannya supaya tidak terkenangkan cinta lama...

Hati orang kita tak dapat nak kawal...ia seperti otot jantung...involuntary muscle! Dimana perasaan cinta, benci, sedih, marah itu akan datang dan pergi dengan sendiri...cuma apa yang perlu ialah kesetiaan...itu merupakan tunggak kebahagian! bukan sekadar berteraskan cinta semata-mata...kerana cinta ni kadang-kadang dikaburi oleh pelbagai benda...tetapkan hati...itu yang penting!

Walaupun kadang-kadang orang yang kita sayang tu buat kita sedih dan marah, tapi sebenarnya itu adalah gelombang dalam ombak perkahwinan...takkan nak tenang je..kalau tenang je, xde cabaran xseronok...tapi kena berhati-hati dalam menawan ombak besar...takut mati lemas! yang penting kena ada persediaan rapi dari segi mental, fizikal dan rohani...barulah dapat berenang dengan berjaya...

to my beloved husband,
mungkin syg tidak sempurna di mata abg, tapi cinta, kasih dan sayang syg hanyalah untuk abg...
semoga bahtera yang kita layari ni akan belayar sehingga hujung nyawa kita...

cheriioooo~~

Wednesday, January 26, 2011

--->KenaPa<---

Kenapa saya pemarah?
Kenapa saya panas baran?
Kenapa saya cepat bengang?
Kenapa saya sensitif?

Tapi...
Kenapa orang nampak yg buruk je tentang saya?
Kenapa orang lupa akan kebaikan yang pernah saya tunjukkan?
Kenapa orang mudah nak benci saya?
Kenapa orang tak suka dengan ketegasan saya?

Yang pelik...
Kenapa time perlukan pertolongan pandai pula cari saya?
Kenapa time saya dalam kesusahan semuanya lari menyorokkan diri?
Kenapa minta pendapat saya kalau tak dapat terima nasihat saya?
Kenapa dekati saya jika tak dapat terima diri saya?

Dan...
Kenapa saya cepat terpedaya dengan paras rupa jipokrit orang lain?
Kenapa saya tetap tolong orang yang sama yang pernah menyakitkan hati saya?
Kenapa saya dikatakan hipokrit sedangkan saya ikhlas?
Kenapa saya tidak disukai sedangkan saya banyak menolong orang?

Kalaulah...
Saya dapat memahami isi hati semua orang dan dapat menilai diri semua orang, saya akan buat yang terbaik untuk semua orang...
Ampun dan maaf saya pohon kepada semua kawan-kawan dan orang-orang yang mengenali diri ini seandainya ada tersilap atau terkasar perbuatan...saya hanya manusia biasa yang lemah disisi Pencipta Agung...segala yang baik hanya dari-Nya, yang buruk tu dari setan yang menghasut dalam diri yang lemah ini...

bermadah la pulak........huhuhu~
cheriooo~

Thursday, January 20, 2011

+StuDy+

Study ni satu amalan yang baik...kata orang, study tu satu perbuatan yang sangat mulia disisi Islam..kata orang juga, study tu menuntut ilmu dimana kita buat kita akan dapat pahala...tapi ada ke study yang sampai memudaratkan? Tuhan dah bagi semua orang otak dan satu keupayaan mental yang bersesuaian dengan diri masing-masing..apa yang cuba saya sampaikan ialah, study ni sebenarnya membuatkan kita lebih mengenali dunia, isu semasa serta mengmbangkan cara pemikiran kita sampai tahap yang besar...bukannya setakat ABC tetapi mengenali apa itu Alphabet...secara tidak langsung study ni memberi kita keupayaan berfikir dan menyelesaikan masalah dan mematangkan manusia...

tetapi ada setengah manusia yang terlalu menekankan tentang study sehingga menyebabkan kegilaan...ada juga yang menjadi skizofrenia kerana terlalu stress..terlalu obses dengan study dan terlalu menumpukan otak dan berfikir tanpa rehat juga akan merencatkan pemikiran dan menjadikannya lebih teruk...

apa yang saya cuba sampaikan ialah, saya merupakan seorang manusia yang sederhana...pemikiran saya hanya sederhana dan moderate...not too genius but not a damn stupid one...so, orang seperti saya tidak akan menekankan sangat dalam belajar dan akan seimbangkan dengan bersuka-ria...life is too valuable...so dont make it hard and dont make it short!