Monday, October 24, 2011

Tambat Hati Suami dgn M.E.M.A.S.A.K

Kata orang tua, makanan menzahirkan ekspresi rasa romantik. Air tangan si isteri yang memasak buat suami tercinta semakin mewujudkan bibit mesra dalam sesebuah rumahtangga. Ramai lelaki bersetuju dengan kenyataan ini dengan mengatakan makanan yang dimasak di rumah dirasakan lebih harmoni berbanding menikmati masakan di restoran. Namun kebiasaan kehidupan moden telah meminggirkan tradisi menangkap hati dan cinta sejati melalui perut dan kemampuan memasak yang baik di rumah. Benarkah begitu?

Barangkali golongan wanita tidak menyedari, lelaki menilai itu sebagai kesungguhan pasangan. Biar pun segelintir lelaki tetap menganggap perempuan romantis, meskipun tidak pandai memasak. Kenyataan itu mengundang banyak tekanan pada perempuan yang mahu pandai memasak di dapur. Ini disokong dengan indikator yang menunjukkan 61 peratus perempuan kurang handal memasak berasa tertekan apabila perlu memasak di rumah.

Maka tidak menghairankan apabila Negara Itali dianggap sebagai negara utama yang memartabatkan cinta kerana dilimpahi dengan makanan enak dan kepintaran golongan wanita di sana mahir memasak. Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa makanan sangat berkait rapat dengan saat romantis dan menimbulkan kesan mendalam. Alasannya mudah, Mereka berpendapat, makan malam masakan rumah menciptakan tempat yang sempurna untuk menimbulkan suasana romantis. Malah jika dijadikan kebiasaan akan semakin meningkatkan rasa cinta sesama suami dan isteri. Sebanyak 90 peratus dari jumlah itu mengakui kebenaran fakta ini sementara 10 peratus lagi kurang bersetuju.
Apa pun kepada segelintir wanita yang tidak mahir memasak kerana 85 peratus lelaki mengatakan terkesan jika pasangan mencuba memasak untuknya. Adakah anda, seorang wanita yang sedang membaca artikel ini tahu memasak? Jika tidak, belajarlah memasak biar pun langkah demi langkah agar suami tidak sabar setiap kali pulang dari bekerja mahu menjamah masakan anda sehingga menjilat jari.

Monday, October 10, 2011

Up t0 DatE

....Da lama tak update blog nieh....
kenapa? busy ke? bukan....
tak terlayan...
sy byk meluahkan perasaan pd suami tersayang je skang nieh...
so kurang la sikit luah di blog...
tapi bercakap pasal update blog ni, sy nak kongsi citer sikit...
hehehee...
ade seseorang yg sy kenal ni...
dia nk sgt org ckp dia up-to-date...
sampai skang da pandai pakai shortform words...
especially, perkataan OMG...hehehe...
ayat yg xkena pn taruk OMG...
hari tu siap tulih WTF...hihihi...
tau ke x maksud tu?
kalo tau bagus la...hilir la~~~~
tp jgn byk2 guna sgt...sbb nampak sgt nanti baru kenal words...
hehehehe...
kesian plk kalo difikir2kan...
tapi xpelah...
dia ada effort~~untuk menampakkan diri dia up-to-date....

jgn nanti tersalah ckp da la...
SOB ke, FBI ke...silap ckp kat org yg tertentu xpsl2 kena penampor nanti...
so, nasihat sy, pandai2 la ye guna shortform2 tu~~

hehehe...
cheriooo~