Sunday, January 22, 2012

Doa Isteri Untuk Suami

DOA ISTERI SOLEHAH UTK SUAMINYA.
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah

Ya Allah ,
ya Robb...
Sekiranya suamiku ini adalah PILIHAN MU ,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan MEMBIMBING tanganku di JalanMu, Kurniakanlah aku sifat KASIH dan REDHA atas segala perbuatannya.

Sekiranya suamiku ini adalah calon PENGHUNI SyurgaMU, Limpahkanlah aku dengan sifat TUNDUK dan TAWADDUK akan segala perintahnya.

Sekiranya suamiku ini adalah yang TERBAIK untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya.

Sekiranya suamiku ini JODOH yang diRahmati olehMu, Berilah aku KESABARAN untuk menghadapi segala sifatnya.

Sekiranya suamiku TERGODA dengan keindahan duniaMu, Limpahkanlah aku KESABARAN untuk terus membimbingnya.

Sekiranya suamiku tunduk terhadap NAFSU yang melalaikan Kurniakanlah aku KEKUATAN Mu untuk aku memperbaiki keadaanya

Sekiranya suamiku menyintai KESESATAN, Mohon PANDU lah aku untuk menarik dirinya keluar dari keterlenaanya.

Ya Allah Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala keKHILAFanku. Sekiranya aku salah berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau Redhai

Sekiranya aku LALAI dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau bimbinglah aku tetap di jalanmu didunia ini janganlah KAU seksa aku kerana aku tidak akan sanggup menerimanya

Sekiranya aku INGKAR dan DURHAKA Berilah aku petunjukMu kearah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya aku LEMAH tanpa PetunjukMu. Aku buta tanpa BimbinganMu. Aku CACAT tanpa HidayahMu. Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cobaanMu
Jadikanlah aku isteri yang diSENANGI suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yang SOLEHAH
Selamatkanlah hidupku didunia ini dan di akhirat kelak.

~AMIN Ya RabbalAlamin~

------♥ ♥ ♥ ♥ -------

No comments:

Post a Comment