Sunday, April 5, 2015

Antara Perkahwinan dan Persahabatan

Assalamulaikum...

Hari ni saya nak berbual berbicara tentang Perkahwinan dan Persahabatan...
Kita semua adalah seorang manusia biasa yang mempunyai naluri hidup. Naluri manusia biasa seperti ingin berkeluarga dan sebagainya. Dah memang itulah kita dijadikan oleh Allah S.W.T untuk berkeluarga dan meneruskan hidup dimuka bumiNya.

Ok, disini saya nak bercerita tentang permasalahan yang mana antara kita mesti pernah lalui. Kita semua mempunyai kawan baik kan? Semua orang each one of us ada kawan baik, sahabat, member, rakan seperjuangan, kawan rapat, BFF atau apa sahaja yang kita gelar pada mereka. Maknanya dari kecil sampai ke dewasa takkan lah tak ada langsung kawan yang rapat dengan kita betul tak? Well, kawan ni adalah penting. Tanpa seorang kawan siapalah kita agaknya. Kawan yang membuatkan kita kuat, memberi kita semangat (in a positive way or negative way doesn't matter as long as it helps), memberi kita sokongan dan macam-macam lagi. Waktu kita bersekolah kalau ada masalah di sekolah siapa yang kita cari? Kawan. Mengadu, menangis, ketawa, bermain, belajar, meniru segala-galanya. Kawan. Bila kita ada masalah kewangan, tak cukup duit nak beli nasik kat kantin, kawan tolong. Sampai lah kita meningkat remaja. Kawan juga lah yang memberi impak di dalam kehidupan kita. Dengan siapa kita berkawan dan bagaimana kawan mempengaruhi hidup kita. Adanya kawan yang positif menjadikan kita seorang yang bahagia, suka duka bersama, happy go lucky dan sebagainya. Adanya kawan negatif (kawan makan kawan, kawan tikam belakang, kawan PHD dsbg) jangan risau, kawan negatif ni memberi kita semangat, kekuatan dan juga kecekalan dalam mengharungi kehidupan. Take it in positive way people! Pendek kata tanpa kawan ni siapalah kita.

Tapi, bila kita kahwin, setengah dari kita lupa pada kawan. Sorry to say la especially perempuan. Ya, mungkin ada antara wanita-wanita ni suaminya tak bagi berkawan (meaning tak bagi la keluar berjimba-jimba takde faedah) thats why diorang semakin hilang kawan. Ada juga antara kita wanita ni semakin banyak komitmen sampai tak sempat nak hang out with friends dan sebagainya. Well, atleast we can still contact each other maybe sekali seminggu ke kan? But as long as you can bahagi masa sama rata between husband and friends it doesn't matter. Tapi janganlah sampai ketepikan langsung kawan kita. Macam kita wanita bekerjaya, kat tempat kerja we still have plenty of friends kan? Maybe bukan kawan baik tapi kawan kerja. So, apa-apa masalah ke kita masih ada seseorang yang boleh bantu kita. Kawan ni penting especially when your husband is seorang yang selalu bekerja outstation or whatever. Once in a blue moon husband takde kat rumah. So, kalau ada masalah apa-apa bukan ke kawan yang akan tolong kita? Betul tak? So, please be sure that you treated your friend baik-baik. Kalau kita ada masalah dia yang akan tolong kita kan? Ni tak. setengah tu bila dah kahwin tukar personality. Jadi seorang yang tak ambil peduli. Hidup dalam "its all about my hubby" 's life. Well, berkawan lah dengan suami awak yang sorang tu as long as you can. Kalau apa-apa hal dia aje yang boleh tolong awak kan. Semua hal termasuklah hal di tempat kerja, kena marah ngan bos suami awaklah yang boleh jadi superman datang selamatkan. Kerja tak sempat siap, suami awak datang siapkan. Tak boleh nak pergi meeting or kursus, suami awak yang gantikan. Macam tu la. Tak salah pun nak dengar kata suami malah kita sebagai wanita, syurga itu dibawah tapak kaki suami. Tapi kita mesti lah kena pandai membahagi masa dan pandai membezakan berkawan untuk keperluan atau perlunya kita berkawan. Kepada suami pun, kena lah faham. Isteri awak bekerja, takkan lah nak cemburu buta dengan isteri nak berkawan. Bersihkan hati. Jangan fikir yang tak baik. Jangan berprasangka buruk kepada isteri kita sendiri. Dia kerja untuk membantu kita bukannya awak kahwin dengan dia sebab dia kerja so awak nak tumpang harta dia. Itulah selalunya kita ni silap. Lupa akan tanggungjawab. Kebanyakannya kahwin dengan wanita bekerja sebab nak hidup senang nak lepas tanggungan. Itu silap. 

So, sebagai penutup saya berharap entry saya ni dapat memberi pemahaman kepada kita semua. Jika rasa nak respon atau rasa tak puas hati dengan entry saya ni, jangan segan jangan malu silalah melawat FB saya Blossom Mohaz. Jangan kalau tak puas hati, duk pendam-pendam pastu merepek, mengumpat, berdendam dan ntah apa-apa lagi di belakang-belakang. Saya menulis untuk memberi pendapat. 

Sekian~

No comments:

Post a Comment