Monday, April 6, 2015

Dunia Semakin Uzur

Salam 1 Malaysia...

Entry saya kali ni nak bercakap tentang sesuatu yang lebih serius.
Dunia semakin uzur...

Kenapa saya terpanggil untuk menulis tentang dunia hari ini yang semakin uzur? Marilah kita sama-sama renungkan. Kita lihat, kini kita tidak lagi dapat berasa selamat untuk kemana-mana. Dengan jenayah yang berleluasa; dimana sahaja ada jenayah berlaku. culik, rogol, bunuh, simbah asid, rompak, ragut, kelar dan sebagainya. Nak berjalan dari rumah ke kedai runcit sebelah rumah pun dah tak selamat. Tidak seperti zaman dulu-dulu. Kita berjalan je untuk pergi ke sekolah. Darjah 1 dah mula berdikari jalan kaki pergi sekolah. Kini? Pantang berpaling sekejap, anak dipimpin terus diambil orang. Diculik dan di smuggle ke luar negara.Dulu kita berjalan tiada rasa gentar, kini dompet, beg tangan, gelang, cincin dijari pun tak sanggup nak pakai sebab takut dirompak, dikelar, dipotong tangan dan sebagainya. Walaupun kita berpakaian baju kurung bertudung tetap ada kes rogol perkosa dan sebagainya. Kenapa semua ni terjadi? Iman di dada tak cukup kuat? Kurang didikan? Atau sektor pengajian pendidikan kini semakin merosot dan tidak berkualiti?

Bagi saya, semua ini berpunca dari kekangan kewangan. Faktor cost of living yg semakin meningkat. Masing-masing berlumba-lumba untuk mencari kekayaan. Bukan. Untuk mencari sesuap nasi. Peluang pekerjaan yang sukar tetapi kos sara hidup tinggi. Ini membuatkan manusia, manusia biasa ni mengambil jalan mudah. Kita manusia ni bukan seperti Nabi dan Rasul. Kita semua manusia biasa tidak lekang dari membuat salah. Apabila teknologi yang menguasai dunia, segalanya menjadi kucar-kacir. Hunungan sesama manusia turut punah apatah lagi hubungan dengan Maha Pencipta. Kita berlumba-lumba mengejar kesenangan kadang-kadang alpa untuk bersujud kepadanya. Kita takutkan punch card merah sehingga sanggup beribadah dalam keadaan terkocoh-kocoh.

Dimana silapnya? Tepuk dada tanya iman di dada. Tanya diri-sendiri dimana tapak kaki berdiri. Jenayah yang semakin berleluasa meberi kesan kepada semua manusia dari segi mental dan fizikal, rohani dan jasmani. Apa penyelesaiannya? Apakah kita tiada lagi pemimpin yang mampu membimbing kita ke jalan yang benar? Jalan yang diredhai? Renungkan lah. Pemimpin kita kini berlumba-lumba mencari kesenangan untuk diri-sendiri. Tidak mengendahkan hukum Allah. Langsung tidak menjaga kebajikan rakyat-rakyatnya. Kita didera secara mental. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin papa dan merana. Dimana keadilannya? Marilah kita sama-sama renungkan. Apa tindakan yang perlu kita ambil, apa yang perlu kita lakukan? Fikirkan sejenak. Kembali ke jalan Allah. Usaha dan tawakal. InshaAllah mari lah kita sama-sama berubah dan mengubah kehidupan supaya lebih tenang. Allahualam~

No comments:

Post a Comment